Followers

Thursday, July 16, 2009

Novel Pembangun Jiwa

anda peminat novel? pernahkah anda mendengar istilah novel pembangun jiwa? apa itu novel pembangun jiwa? apa yang aku faham menerusi pembacaan dan hasil melayari internet, novel2 seperti ini isi kandungannya lebih kearah memotivasikan pembaca dengan jalan cerita yang berunsur ketuhanan, keteguhan iman dan asas kepercayaan serta perjuangan tanpa kenal erti lelah.

sebelum kemunculan Ayat-Ayat cinta hasil karya Habiburrahman El Shirazy sekitar tahun 2008, pernahkah anda terjumpa, terdengar atau terpandang sebuah karya Abu Hasan Morad, Cinta Madinah? aku membeli novel ini (Cinta Madinah) sekitar tahun 2000. ketika itu aku baru berusia 18 tahun. dan selang 8 tahun kemudian, muncul Ayat-Ayat Cinta yang menjadi fenomena novel pembangun jiwa. malahan Ayat-Ayat Cinta juga diadaptasi kelayar perak sehingga menjadi kegilaan dan lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa menjadi siulan.

tapi tahukah anda sebenarnya Cinta Madinah juga pernah diadaptasi kelayar televisyen dengan dijadikan sebuah drama bersiri menggunakan judul yang sama? apa yang ingin aku perkatakan, sebenarnya novel pembangun jiwa telah lama bertapak di Malaysia. cuma kita sendiri yang tidak menyedari kewujudannya. tetapi setelah kemunculan karya Habiburrahman El Shirazy, baru kita terperasan yang negara kita juga mempunyai karya sebegitu. tetapi mengapa diagungkan karya luar.

mungkin gaya bahasa Cinta Madinah tidak sehebat Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih. mungkin itulah juga alasan kenapa novel pembangun jiwa karya kita diketepikan. kita juga ada Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar. walaupun kisahnya tidak sehebat kisah Fahri dan Azzam, tapi watak Iqbal dan rakan-rakanya mampu mencetuskan imaginasi pembaca sehingga terasa terbuai-buai dibumi anbia' bernama Jordan.

Kemunculan Sesegar Nailofar juga sekitar tahun 2000 dan aku membelinya seiring dengan pembelian Cinta Madinah. ketika aku melakukan survey di kedai-kedai buku sekitar bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini, Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar, tidak didapati. tetapi karya-karya lain Zaid Akhtar ada terjual. malahan karya-karya Habiburrahman El Shirazy lebih laris jualannya.

begitulah nasib karya anak-anak tempatan. sering diketepikan. aku tak pasti kalau Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar masih boleh didapati di kedai-kedai buku. hendak dikatakan tidak bagus, bagi pendapat aku, agak bagus ceritanya. seiring dengan peredaran semasa. malah boleh diperbandingkan dengan karya Habiburrahman El Shirazy. itu cuma pendapat insan kerdil seperti aku sahaja yang minat membaca...

p/s: Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar boleh dibeli terus secara online [klik]



10 comments:

atty's said...

kty pun minat gak baca novel...

sama le minat org tu..ngn org tuh..org nie..org sana sinun..

Softtouch [Hanim] said...

peminat novel jugak..eceh sama lah syuq..
muza pun minat novel tapi novel2 mcm yg syuq ckp ni muza xpernah baca lagi..muza baca novel yg alaf21 tu n masa sekolah dulu Ahadiat akasyah

Anonymous said...

kat tv3 ada citer NUR KASIH..kalau xsilap kul 9mlm tiap2 jumaat.ko tgoklaa.mmg best giler.dia punya web site pun ada..

Lya Colours said...

sy gile novel. tp setakat ni x penah bace pasal novel begini. kalo ayat2 cinta dgn ketika cinta bertasbih tuh aje la. slalu bce novel cintan2 ni je. huhuhu

SyuQ said...

Kak Atty

propa sgt ayat tu kan. ha ha ha

SyuQ said...

Hanim

samala kita. tp time da masuk uitm, banyak sket novelis yg syuq suka... try la baca sesegar nailofar. best

SyuQ said...

anon

TQ... tp sejak keje ni sy lama da x layan rancangan tv. blk keje pon da mlm

SyuQ said...

Lya Colours

itu la pasalnya. sebenarnta zaid akhtar byk menulis novel-novel pembangun jiwa ni. sesegar nailofar antara karya yg plg sy sukai. tp bila kemunculan ayat-ayat cinta n ketika cinta bertasbih, byk penulis dan penerbit buku tempatan mengambil inisiatif menerbitkan karya-karya sebegini. tapi malangnya tiada sambutan... saper ye yg patut kita persalahkan?

Cik Wanie said...

saya pun "pencinta novel" jugak,
tapi sy x pernah plak baca tajuk2 tue,
hurm...

sbb saya selalu baca keluaran alaf 21,buku prima dan kama dya...

hurm,
nanti blh lah saya pinjam buku2 awk tue kan...

blh lah SAYANGGGGggggggg

lalalalalala

SyuQ said...

Cik Wanie...

kata peminat novel... harusla awk beli sendiri. wat pe nak pinjam2 plak. wa ka ka