Followers

Friday, July 31, 2009

BEREHAT SEKETIKA

Assalamualaikum kawan2 sekalian... mohon maaf banyak2 tetiba aku terprivatekan blog secara tak sengaja. kesilapan teknikal yang tidak disengajakan...

buat masa sekarang aku ketandusan idea tuk berblog... mungkin moody, mungkin keadaan kesihatan yang tidak baik (batuk aku semakin menjadi-jadi... dun worry, aku bebas selsema babi), mungkin itu n mungkin ini

Insyaallah... jika dizinkan Allah n takdir dan serunya sampai, aku akan berblogging seperti biasa. hari-hari WAJIB ada entry. nak jadi blogger tegarkan katanya :-). mungkin esok tetiba aku ada idea nak wat entry... mungkin 2-3 hari akan datang ada idea tuk entry baru... mungkin bulan depan or tahun depan... Wallahuallam

thank you atas korang punya support, comment n so on. especially my followers. love u all... ada rezeki, ada umur kita bersua lagi...

AMIN

Thursday, July 30, 2009

Syukur + Bengang

Alhamdulillah... syukur. itu saje yg mampu aku panjatkan bila kedudukan aku, fikri n adeq safety kat AV Store. x perlu nak tukaq kemana-mana department. selagi tak kuar surat hitam putih dari Head of HR department, tugas kami harus berjalan seperti biasa. ketepikan rumors. itu yang diberi tahu kepada aku.

Bengang... laluan TnG stesen LRT Abdullah Hukum ditutup. gile ke apa? Pepagi org nak g keje, time2 tu la korang nak repair la, apa lah. bukan aku jer yg bengkek. aku tgk ramai lagi. siot tol. sampi KLCC, naik bas g titiwangsa... TnG scanner bas tu plak rosak. mcm pakat2 jer kerosakan ni.... pelik tol aku. tak pasal abg bas terima amukan puaka aku pepagi buta. aku siap ckp nasib sy bwk cash money kalau x... n dan2 tu plak abg bas tu blh wat lawak. dia kata kalau x der duit cash, naik jer bas blakang... ha ha ha. terkena aku. last2 aku tergelak gak.

if kejadian sebegini berlaku semalam, seriously aku x tau nak wat apa. sebabnya, semalam aku memang x der langsung duit cash kat tangan. syukur... kebengangan aku hilang jua akhirnya...

Wednesday, July 29, 2009

Nasib Aku

beberapa jam lagi, nasib aku di AV Store ni bakal ditentukan... Dua ekor bapak gajah bertelagah, kami anak-anak kancil yang comel ni jadi mangsa keadaan...

Ntahla... penin aku mikirin. skang ni yang penting, ada keje, gaji masuk... tu jer... korang nak bergaduh, saman menyaman, aku kesah apa?

dalam waktu yang sama, aku tengah usha2 kerja lain gak... tempat korang ada yang kosong ke?

Monday, July 27, 2009

Extand

selepas malam itu... malam yang panjang itu, aku berjumpa ngn Dr. Sharif. Supervisor aku tuk thesis aku yang tertangguh itu. tertangguh disebabkan time management aku yang tak betul, dan juga thesis yang asyik kena redo jer.

rumors yang ku dengar: aku bakal bertukar supervisor, rupanya bukan sekadar gossip. memang betul rupanya. Dr. Sharif cakap, maybe aku x comfortable ngn dia, mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk aku ngn dia. dia memberi peluang kepada aku untuk bertukar angin. bagi aku semua supervisor sama jer. sebab aku perlu juga menghadapi 3 examiners yang bakal mengecheck thesis aku. if examiners tu bertukar orang, aku rasa baru level of thesis tu berubah.

tengok jer member aku si mukhzani, supervisor dia bagi greenlight thesis dia. kira da lepasla. tapi bila sampai ke examiners, banyak yang kena redo balik n dengor2 cerita, ketua examiners tu nak memfailkan saje member aku tu sebab thesis dia tidak mencapai piawaian yang ditetapkan

pertemuan kali ini, aku manfaatkan sepenuhnya peluang yang ada. mencari penyelesaian, menyelamatkan pengajian aku dari ditamatkan terus. Dr.Sharif masih kekal sbg supervisor aku. why? aku rasa time management dia yang flexible compare to other lecturer.

permohonan cuti khas, itu yang perlu aku jalani. dengan kata lain tangguh pengajian ataupun extand. itu adalah jalan yang terbaik.

cuti pengajian aku, bukan cuti kosong. tetapi cuti yang padat dengan pelbagai pelan pengajian yang aku rancangkan. matlamat aku kali ini, sebelum sesi Disember 2009, paling koman, at least aku dah ready ngn questionnaire ataupun aku da lepas pre test n pilot test.

masuk semester Disember 2009, aku da ready distribute questionnaire aku...

pelan yang cukup-cukup padat. bukan senang sebab aku bukan full time student yang punya banyak masa.

bila keputusan ini dicapai, ketika ini kepala aku asyik berlegar: thesis... thesis... thesis... apa matlamat aku menyambung pengajian ke peringkat ini? bukan calang2 pengorbanan yang aku lakukakan... haruskah tergadai ditengah jalan?

Sunday, July 26, 2009

Live from bukit bintang


Dari KLCC aku melayan perasaan ke bukit bintang melepak smbl dengo live band. Thanks K!

Live from KLCC


Merewang sat. Melayan perasaan. X de ati nak blk umh kala ini. Tetiba rindu plak ngn ayah, mak n adik aku. Hurmm dorang mesti tgh syok sakan kat kg la ni. Aku plak melayan perasaan sebegini. Kuar opis awl ri ni... X moh serabutkan fikiran aku lg...

FILM DIRECTOR YASMIN AHMAD DIES

KUALA LUMPUR, July 26 —Renowned film and advertising director Yasmin Ahmad died here at about 11.25 pm last night.

Her death was confirmed by Media Prime Group Chief Operations Officer Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, who was at the Damansara Specialist Hospital, when contacted by Bernama.

Yasmin, 51, collapsed while presenting a working paper at Sri Pentas, the headquarters of the private television station TV3 on Thursday and was rushed to the Damnsara Specialists Hospital.

She was reported to have suffered a stroke and brain haemorrhage - Bernama

p/s: al fatihah tuk beliau. semoga dicucuri rahmat. semua filem-filem beliau aku tonton. x kira by vcd or wayang... mualaf saje yang aku kempunan. sebab filem tu diharamkan di Malaysia.

Saturday, July 25, 2009

menjalani therapy

Aku EL lg ari ni. Sebab? tak perlu nak bersebab... sebab yang memang aku sendiri cari. kalau tak memang tak ber EL. bulan ni jer aku da 2 kali EL. bulan depan agaknya terus dapat surat berenti kot...

settle suma kerja, lebih kurang sedikit2 senja gitew, aku ngn my sister ke midvalley sat. wat apa? bukan ke shoping tu adalah satu therapy yang baik? so aku menjalani "therapy shoping" untuk mereleasekan tensen dan otak yang berserabut dan kusut ni.

aku just temankan adik aku ni pegi mencari handbag baru, handbag dia yang lama, dia sedekahkan kat drive teksi... (baik hatikan adik aku... beg sembonia kegemaran dia tuh!). last but not least, tgh syok wat survey dari satu kawasan ke satu kawasan, akhirnya kami singgah makan sat di secret recipes.

seperti kebiasan, adik aku yang sorang ni, cuba menghiburkan hati aku. syok tengok adik aku mencari dan mensurvey handbang. dari satu kedai ke satu kedai. semuanya tak berkenan dihati. kalau aku menggilai perfumes, adik aku yang sorang ni penggumpul kasut dan handbang. sama macam ayah ngan mak aku. ayah aku pon penggumpul kasut. ada satu kasut kegemaran beliau, siap ditempah lagi n my emak pulak pengumpul handbang... sesuai sangat mereka tiga beranakkan...

akhirnya, butik sembonia juga yang menjadi pilihan. pilihan dia kali ini, adalah pilihan aku yang mula-mula sekali aku pilih (sembonia kedai pertama yg kami masuk). harganya boleh tahan. hurmm... lagi mahal dari dua pasang kasut yang abang beli yer dik (saje jer aku nak bg tau korang, aku beli kasut :-D)

dapat sms daripada beberapa teman dan juga my abang. sekadar bertanya khabar dan some of my friend ada ajak g somewhere... sorry pyar. Insyaallah, kalau Allah da tentukan, aku akan muncul jua di sunway for gathering yang korang wat tu.


gambar curi... nampak tali handbag jer

New Update

setakat ini aku mahu berdiam diri dulu. walaupun berdiam diri tu bukan jalan yang terbaik, tapi itu saja yang aku mampu lakukan setakat ini. aku dah berusaha sehabis daya... yang lain-lain biarlah Allah yang tentukan...

setiap yang berlaku, aku yakin ada hikmah yang menanti....

Thursday, July 23, 2009

"Abg SyuQ"....

ada satu budak training kat department aku ni as a BJ. very the popular one. bila datang AV store ni (department aku), yang dicarinya aku. walawei... ramai lagi budak AV store ni dik... ada panjang, fadil n adeq. aku plak yg slalu kau cari. siap ingat nama abg (waahh tetiba berabg la plak). sesuatu sangatkan. he he he.

bila dia mai AV store n ternampak kelibat aku jer...

"abanngg Syuuuq... nak arkib..."
"abanngg Syuuuq... nak tape..."

alahai... berdiri bulu roma aku. kena layan la beb. masa aku blaja user studies n user needs dulu, kemahuan users ni harus diutamakan n diberi perhatian.

selalunya bila dia datang, fadil, panjang n adeq wat bodo jer (itu yang aku perasan la).

ada suatu ketika. aku tgh busy wat cataloguing tuk arkib baru, aku melintas kaunter tuk tengok transfering tape ke dvd da siap ke belum, budak ni seperti biasa:-

"abannngg Syuuuq... ada tak tape MDV******?". aku pelik doh... pada hal fadil ngan adeq tersadai kat kaunter tu melayan cameraman. aku pandang la dorang berdua, si fadil n adeq ni wat bodo n angkat bahu... lps tu blah kebelakang. siot tol. terpaksala aku melayan kerenah budak tu.

after that, aku tanya dorang, why dorang x layan budak tu tadi... fadil jawab:-

"ala syuq... yg dicarinya tetap kau..." terburai ketawa aku. apa lagik, abang2 cameraman tu pon siap menyakat n wat lawak. ngan si airul sekali pon tekena. he he he

bagi aku, inila lumrah kehidupan...

Wednesday, July 22, 2009

Selfish

aku rasa
orang disekeliling aku selfish
pentingkan diri sendiri
tanpa pedulikan perasaan orang lain
kenapa aku tak boleh jadi macam dorang?

aku pernah bagi tau mak aku
aku teringin jadi jahat
pentingkan diri sendiri
buat apa yang aku suka

tau tak mak aku cakap apa?
Insyaallah kau takkan jadi macam itu
dari dalam perut sampai kau keluar
dari kecik sampai besar
mak yang jaga kau
ayah yang bagi makan
kami yang didik kau.

menitik air mata aku
biarlah diorang selfish
aku tetap akan jadi aku
Aku berdoa...
biarlah Allah yang membalasnya

hidup ini umpama roda
tak selamanya kita diatas
dan selamanya kita dibawah.
satu hari... mereka2 pasti akan terduduk jua

Tuesday, July 21, 2009

"Sandaran Harapan"

aku la ni da jadi blogger tegar la plak... pantang ada benda jer yang aku terfikir suma aku coretkan dalam "Corat Coret" aku ni. tak kira sihat ke tak sihat aku ni

la ni, artis baru dibawah naungan Alkin'd Music Entertainment, Faried berlatih vokal bersama-sama ahli kumpulan Castury. Siapa Castury ni? Hurmm... kalau korang peminat-peminat nasyid underground pasti korang pernah dengar. jangan ingat muzik nasyid ni da x der peminatnya. aku sendiri pon terkejut gak. bila saban bulan, pasti ada saja undangan menyanyi untuk diorang.

kalau bunkface, Yuna, Hujan n beberapa lagi artis indie music memperjuangkan muzik mereka secara underground, begitu juga Castury n beberapa kumpulan nasyid n penyanyi nasyid single di Malaysia ni. Malahan single pertama diorang, Pasrah Menanti berjaya mengungguli carta Nasyid Minggu Ini yang disiarkan melalui saluran RTM satu selama setahun!

dan aku rasa single terbaru diorang, Sandaran Harapan yang bakal muncul tidak lama lagi, pasti mampu memberikan impak yang sama malahan mungkin lebih lagi, Insyaallah...

sebenarnya ada tiga buah lagu baru yang dikemukakan kepada kumpulan Castury yang dicipta sepenuhnya oleh Halim Devotees, entah macam mana lagu Sandaran Harapan menangkap terus ke gegendang telinga aku... aku terus cakap kat Abg Hafiz selaku ketua kumpulan Castury, yang aku suka giler ngan lagu tu. dan aku cakap kat dia lagi, if lagu tu jadi single, pasti akan hit. (cam konfiden jer aku...)

tanpa disangka-sangka, lagu tu yang menjadi pilihan mereka. beberapa kali juga lagu Sandaran Harapan melalui proses penyusunan muzik n suntingan. setiap kali proses penyusunan selesai, setiap kali itu juga aku disajikan dengan lagu Sandaran Harapan, dan setiap kali tu juga aku bagi komen tentang arrangement music tuk lagu ni. sehinggalah aku rasa betul-betul sedap didengar (macam aku pulak nak menyanyi.)

lagu ini buat pertama kalinya akan menampilkan Faried sebagai artis undangan untuk berduet bersama-sama Castury dan Insyaallah kalau dizinkan Allah, aku juga akan terlibat secara langsung n tak langsung dalam pembikinan video clip tuk lagu ni. mudah-mudahan ini satu platform untuk aku.

emosi

ulcer mulut aku makin menjadi-jadi
merebak sampai ketekak
nak menelan terlalu sukar
apatah lagi mengunyah

tetap jumpa doktor
walaupun doktor yang berbeza
n klinik yang berbeza
hasilnya tetap sama
diberi ubat yang sama
n jawapan yang sama

sidia plak asyik mengadu...
x sihat... muntah...
biasala pompuan
minta perhatian
tapi aku, siapa plak yg nak bg perhatian?
walaupun aku bukan perempuan,
tapi aku punya perasaan...

Entah


aku teringat mula-mula aku join BERNAMA TV. bos aku en.awal cakap kat aku lbh kurang cam ni...

"Syuq, aku tak kisah ko nak datang pukul brp, tapi yang penting, ko balik lewat sket. ko tengok2 cameraman tu bila balik wat assignment..."

tu la ayat yang mula-mula kuar dari mulut en.awal. aku apa lagik mmg guna kesempatan yang diberikan. tapi aku tak pernah lewat masuk opis lebih dari pukul 11.00am. tapi kadang2 aku stand by sampai 9.00pm.

apa yang aku dapat? OT tarak... life pon tarak... yang dapat hanya amal ibadat untuk BERNAMA TV. ikhlas ke aku?.

bangun pagi, terus g kerja. balik da mlm. kalau da penat sgt, kepala pon sakit n susah nak tido. sabtu n ahad x pernahnya cuti. asyik keje je... hurrmm. ni ke life yang aku nak. aku mula terasa kesannya...

kehidupan seharian aku jadi x menentu. serabut, kelam kabut, terabur...

jgn compare aku ngn staff aku. BERNAMA TV ni memang rumah dorang. gaji dorang sebulan jer aku rasa blh mengatasi gaji en.awal. gaji aku agaknya, separuh dr dorang jer

kalau aku keje cam dorang, gaji aku tetap sama. x menegak n melintang. mendatar jer...

patut ke aku keje cam dorang?... atau keje lite2 jer?... atau cari keje lain?...

Sunday, July 19, 2009

WaHH Beshnya!!!

berita yang baru aku terima. sungguh menggembirakan! wa ka ka... sukanya... kalau x der aral, aku dapat follow sorang cameraman ni wat assignment kat hardrock cafe.

ada apa kat hardrock cafe? sudah semestinya ada Dayang Nurfaizah. kalau jadi, ini lah kali pertama aku ikut cameraman g wat assignment. harap2 dapat jumpa Dayang secara live.

la la la. gembiranya!!! harap x der aral yang melintang...

aku teringin dengo lagu dayang sayang kamu n erti hidup in live...

tapi kalau boleh memang nak dengo sangat seandainya masih ada cinta, hembusan asmara n pintaku yang terakhir dinyanyikan oleh Dayang.

tapi rasanya harapan tinggal harapan jer kot. sebabnya lagu-lagu yang kuidamkan tuk kudengari, Dayang tak mungkin nyanyikan coz disebabkan masalah ngn syarikat rakaman lama beliau. n berdasarkan pengalaman aku yg beberapa kali tgk showcase Dayang, lagu-lagu tu memang tak pernah berkumandang...

Saturday, July 18, 2009

Tandas Punya Mangkuk

sebelum-sebelum ni entry aku cam puisi bagaikan. la ni entry biasa2 jer ala-ala karangan budak sekolah.

mostly aku tgk, readers blog aku ni kebanyakannya pompuan. so entry aku ni berbau lucah sket (18 tahun keatas sahaja)... so kalau korang cam geli nak baca, jangan teruskan k n aku tak paksa...

aku nak tanya korang la... kalau korang guna public toilet, korang prefer tandas yang macam mana? tandas cangkung atau tandas duduk. dulu-dulu ada gak aku tanya member-member aku, macam-macam jawapan n alasan yang diberikan. tapi kebanyakannya memilih tandas cangkung. sebabnya dorang geli nak guna tandas duduk.

bagi diri aku, aku gunakan dua-dua jenis tandas dengan sebab yang tersendiri. sebagai contoh aku nak buang air besar, aku akan pilih tandas cangkung. kalau ditanya kenapa, of course aku akan jawab sama macam member-member aku. aku geli menggunakan tandas duduk untuk membuang air besar. tapi aku akan guna tandas duduk untuk buang air kecil.

kenapa aku pilih tandas duduk tuk buang air, bukan tandas cangkung, bg aku kalau tandas duduk ni, mangkuk tandas nya tinggi, n ada mengandungi sedikit air bagi mengelakkan air kencing terpercik compare to tandas cangkung yang mangkuk tandasnya agak flat (rendah) sedikit yang mana air kencing mudah terpercik. x caya? kalau korang yang baca blog aku ni lelaki, korang g la wat eksperimen 2... ha ha ha

kenapa x guna cubicle tuk buang air kecil?. ho ho ho... actually, aku da peristiwa tersendiri yang mana aku agak sedikit taubat guna cubicle kat public toilet (kecuali cubicle kat toilet di opis aku).

so korang prefer tandas yang mcm mana?

Entry Pukul 12:42am

aku cuba lelapkan mata. tetapi x mampu.
walaupun mataku terlalu berat untuk dibuka.
aku terima mesej dari adik aku... kata semangat dan juga mesej dari sidia.
kotak mesej aku penuh.
aku godek-godek handphone aku. buang apa yang patut. segala mesej yang x perlu. segala lagu yang aku x mahu dengor sehinggalah...

cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak kenal nestapa

cintaku hanya indah
hanya bahagia
untuk selamanya

apa yang kurasakan ini
persembahan untuk dirimu
kau dengarkan kasihku

mencintaimu
tak mengenal waktu
tak mengenal puitis
hanya tulusnya

mencintaimu
tak mengenal ragu
keyakinan hatiku
hanya untuk dirimu selalu

cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak kenal nestapa

tak ada seribu janji
hanya bahagia untuk selamanya

aku terjumpa lagu diatas
yang masih kusimpan dalam memory card handphone aku.
automatik aku tekan butang play dan berkumandang la lagu tersebut.
segala memori yang kulipat kemas, terburai satu persatu

suatu ketika...
aku pernah membuka pintu hatiku seluas-luasnya menerima kehadirannya.
aku biarkan dirinya bertahta dihati aku.
kerana aku yakin
terlalu yakin
aku akan bahagia selamanya
bersama sidia
berjanji sehidup semati

aku ditatang, dibelai dan dimanja.
aku rasakan itulah cinta pertama aku.
buat pertama kali dalam sejarah kehidupanku, aku merasa sungguh bahagia.
terlalu sukar tuk aku ungkap dengan perkataan.

bagi aku dunia aku cukup indah, cukup sempurna.
lagu itu menjadi saksi
pemberian ikhlas darinya
dan menjadi bukti betapa kuatnya ikatan cinta kami

takdir Allah, suatu ketika
selepas peristiwa itu
kasih sayangnya berubah
kasih sayangku berubah
tiada lagi lagu itu berkumandang.
kalau kedengaran, aku cuba menghindar diri


aku mohon maaf andai kau terbaca coretanku ini, bukan untuk membuka kenangan lalu tetapi sekadar pengajaran untuk diri aku.

cinta tidak seharusnya memiliki, cinta itu pengorbanan...


"memberikan seluruh cintamu pada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta. Tunggulah sampai CINTA BERKEMBANG dihatinya. Akan tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta pernah tumbuh dihati anda..."

Friday, July 17, 2009

Berita Terkini

entry ketiga aku hari ini...

H1N1 di wisma bernama
merebak dari department atas ke department aku
seorang cameraman dikuarantin
aku jadi seriau
mereka-mereka masih rileks
aku wat checkup
mereka-mereka masih rileks lagi
biar benor mereka-mereka ni

sekali lagi aku clear
cuma demam biasa
itu kata doktor
adakah aku akan sentiasa clear?
mudah-mudahan iya
mudah-mudahan tidak terkena

tapi aku tetap runsing
cameraman yang kena kuarantin
berhubung secara langsung ngn aku dan yang lain2
walaupun sekejap
risikonya masih tetap ada
doakan aku
sihat sentiasa

Entry 1 minit

aku terlambat sampai opis.
sebabnya? biarlah rahsia
masuk opis, berlonggok cameraman (pantang lambat sket)
yang sorang tu, memandai setup printer yg sememangnya *****
aku da remain dorang. printer tu da x boleh wat apa
melainkan hempok n baling ke dinding

serupa mcm tikus baiki labu
technician sendiri pon da x tau nak wat apa
yang dia memandai setup sendiri apsal plak?
aku respek dia coz dia lbh tua
gurau2, kawan2. bab kerja no kompromi beb

hasilnya adakah printer tu boleh guna?
TIDAK!!! lebih haru, komputer tak bley trace system ILMU
dan si tikus itu berlalu tanpa mempedulikan labunya

dan aku yang sememangnya bangun pagi dgn hangin seluruh badan
bertambah hangin ler jadinya.
aku... pantang bersuara
sekali bersuara, sengketa jadinya.

dengan muka semberut, aku setup balik
praktik kan apa yg aku blaja
Alhamdulillah syukur... settle
tp aku still ngn mood moody

hampeh... spoil tol.

p/s: mood wat keje pon da ilang...

Perfumes oh Perfumes

I love shopping. tapi tau x barang apa yang selalu aku rembat bila shopping? baju? of course... itu sudah semestinya. lagi2 tengah mega sale bagai ketika ini. tapi benda yang selalu dalam intaian aku ketika bershopping adalah perfumes.

aku pantang tgk perfumes, mula gatal nak mencuba. kalau da mencuba, biasanya aku mesti akan terbeli punya. pakainya x tau la bila. la ni aku ada dua botol perfumes sean john. satu unforgivable n other one unforgivable black. unforgivable black aku x bukak lagi.

tapi unforgivable yg biasa tu aku try lite2 jer. saje gatal tangan walaupun aku ada lagi 2 botol armani yang blom abis. satu armani acqua d gio n satu lagi city glam.

bila melintas di KLCC mata aku mula menggatal memandang acca kappa. baunya... pergh! sungguh klasikal. mmg taste aku. ada promotion lagi tu. tp white musk hot summer from bodyshop pon blh tahan. ha ha ha. memang menggilakan. kalau tak kontrol nafsu, memang aku rembat dua jenis perfumes tu.

P/s: city glam tetap best.

Thursday, July 16, 2009

Novel Pembangun Jiwa

anda peminat novel? pernahkah anda mendengar istilah novel pembangun jiwa? apa itu novel pembangun jiwa? apa yang aku faham menerusi pembacaan dan hasil melayari internet, novel2 seperti ini isi kandungannya lebih kearah memotivasikan pembaca dengan jalan cerita yang berunsur ketuhanan, keteguhan iman dan asas kepercayaan serta perjuangan tanpa kenal erti lelah.

sebelum kemunculan Ayat-Ayat cinta hasil karya Habiburrahman El Shirazy sekitar tahun 2008, pernahkah anda terjumpa, terdengar atau terpandang sebuah karya Abu Hasan Morad, Cinta Madinah? aku membeli novel ini (Cinta Madinah) sekitar tahun 2000. ketika itu aku baru berusia 18 tahun. dan selang 8 tahun kemudian, muncul Ayat-Ayat Cinta yang menjadi fenomena novel pembangun jiwa. malahan Ayat-Ayat Cinta juga diadaptasi kelayar perak sehingga menjadi kegilaan dan lagu Ayat-Ayat Cinta nyanyian Rossa menjadi siulan.

tapi tahukah anda sebenarnya Cinta Madinah juga pernah diadaptasi kelayar televisyen dengan dijadikan sebuah drama bersiri menggunakan judul yang sama? apa yang ingin aku perkatakan, sebenarnya novel pembangun jiwa telah lama bertapak di Malaysia. cuma kita sendiri yang tidak menyedari kewujudannya. tetapi setelah kemunculan karya Habiburrahman El Shirazy, baru kita terperasan yang negara kita juga mempunyai karya sebegitu. tetapi mengapa diagungkan karya luar.

mungkin gaya bahasa Cinta Madinah tidak sehebat Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih. mungkin itulah juga alasan kenapa novel pembangun jiwa karya kita diketepikan. kita juga ada Sesegar Nailofar karya Zaid Akhtar. walaupun kisahnya tidak sehebat kisah Fahri dan Azzam, tapi watak Iqbal dan rakan-rakanya mampu mencetuskan imaginasi pembaca sehingga terasa terbuai-buai dibumi anbia' bernama Jordan.

Kemunculan Sesegar Nailofar juga sekitar tahun 2000 dan aku membelinya seiring dengan pembelian Cinta Madinah. ketika aku melakukan survey di kedai-kedai buku sekitar bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini, Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar, tidak didapati. tetapi karya-karya lain Zaid Akhtar ada terjual. malahan karya-karya Habiburrahman El Shirazy lebih laris jualannya.

begitulah nasib karya anak-anak tempatan. sering diketepikan. aku tak pasti kalau Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar masih boleh didapati di kedai-kedai buku. hendak dikatakan tidak bagus, bagi pendapat aku, agak bagus ceritanya. seiring dengan peredaran semasa. malah boleh diperbandingkan dengan karya Habiburrahman El Shirazy. itu cuma pendapat insan kerdil seperti aku sahaja yang minat membaca...

p/s: Cinta Madinah dan Sesegar Nailofar boleh dibeli terus secara online [klik]



Wednesday, July 15, 2009

women N make up

wallah... pompuan n make up mmg x ley dipisahkan. mcm aur ngn tebing. betul ke peribahasa aku ni. last saturday aku melapangkan masa berjumpa ngan cik wanie. datang jauh-jauh dari alor setar, x kan x nak jmp kan... kalau x jmp kang, payah pulak aku nak pujuk kan. he he he.

cik wanie ni nak menghadiri satu majlis anjuran Yoyooh utk para bloggers. samping godek2 alat make up, dia pon mintak di touch up. hurmm... pompuan n makeup... rasa nak kebas kaki aku duk berdiri n kulit punggung aku pon da naik keras dudk menunggu cik wanie abih di make up.

ini la para pengodek wajah


banyaknya... mati aku kalau kena bg hantaran makeup


ini tools tuk makeup or surgery?

kali ni dapat jumpa teman-teman baru selain kak atty... ada joe, ada kak mas, ada abg prebetsabu (suami kak mas). dan paling besh dpt jmp si comel damia. hurmm i love budak2.

Entry Pukul 2:15am

tetiba jer ada entry tgh2 pg butakan. mana taknya... tetiba dpt mesej ada orang merajuk. dia calling-calling aku x angkat2. ye la. time tu aku da membuta bagai. lepas solat maghrib, baring2 sat terus terlelap. ada dengor ringtone si kaer tu menyanyi, ringtone theme the lawyers n tone mesej starting chapter doraemon. tp aku ignore jer. ngantuk weiii. aku ni da la sejak akhir2 ni ada masalah x ley tido. sekali dapat tido rasa nak terus tido jer. sekali da terjaga, terkebil-kebil jer la... macam la ni.

hurmmm... sendiri mau ingat cik adik. I was told u everything... x kan lari gunung dikejar. tapi kalau salah kejar, takut gunung tu plak lari. mau ka gunung itu lari (gunung boley lari ke?)

Alhamdulillah... settle da psl blog aku yg tetiba x leh floating entry br. tp masalah lain plak timbul. kalau nak tgk view yg cantik kena buka guna mozilla n other explorer selain I.E. kalau bukak by I.E (Internet Explorer) yg basic tu, lay out lari n bercelaru. x caya try la...

p/s: lps ni x mau pikir yg naughty2 k...

Tuesday, July 14, 2009

.:: Hampeh oh Hampeh ::.

aku masih monyok lg ngn ketidakstabilan blog aku. rasa cam x der mood nak wat entry. padahal cam2 cerita yang best2. so kalau korunk nak tau citer lbh lanjut korunk terjah2 lah blog2 ni: kak mas, kak atty

kalau korunk nak entry yang best n kaw2 lagi, rajin lah terjah blog ni: cik wanie

semoga bertemu kembali di lain entry.

ADiosss!

Sunday, July 12, 2009

Aku Tak Tau Dah...

aku tak tau apa kena ngn blog aku ni. godek punya godek ilang suma. link ilang n entry baru x leh floating (mendap jer) sbb rss ngn feed ntah g kemana. buat masa skg aku malas nak wat apa2. kalau ada saper yg sudi nak tolong settlekan masalah aku ni, inform la aku. aku da x tau nak wat apa dah. jasa baik kalian yang sudi menolong, hanya ALLAH yang mampu membalasnya...

Saturday, July 11, 2009

H1N1

berita yang baru aku terima semalam agak mengejutkan. 3 orang staff radio 24hour BERNAMA disahkan POSITIF H1N1. level 1 wisma BERNAMA diarahkan memakai penutup hidung dan mulut... dan kami di AV department dok berangan, agak-agaknya kena kuarantin ke bangunan ini. ha ha ha. ataupun wisma ini diarahkan tutup buat seketika... besar angan-angan kami ni.

tapi yang pasti, keadaan masih terkawal. department aku masih belum lagi menerima arahan untuk memakai penutup hidung dan mulut. malah, rata-rata BJ n cameraman still lagi bekerja dan menjalani rutin harian mereka seperti biasa. dan kebanyakan mereka pon tidak memakai penutup hidung dan mulut.

aku yang sebenarnya khuatir kalau-kalau aku dijangkiti. suma tanda-tanda ada. Tapi alhamdulillah doktor mengesahkan aku hanya menghidapi demam biasa. setakat ini cuma batuk aku sahaja yang masih belum sembuh sepenuhnya.

p/s: mudah-mudahan kesihatan aku pulih seperti biasa. aku still lagi menghadapi masalah kesukaran untuk tido malam

Thursday, July 9, 2009

Seharian Di Putrajaya

tanggal 8 julai 2009, lepas abis office hour aku bergegas ke Putrajaya. ke rumah abang aku yang sorang ni. plan asal nak naik ERL. tapi fikir-fikir balik... hurmm, naik bas is most better. tapi bas plak, lambat n jalan jammed but more cheaper. kalau naik ERL, laju, pantas tapi tambang plak mahal. look... setiap benda mesti ada pro n kontranya. fikir punya fikir, aku decide naik bas jerla. rm3 jer tambangnya compare rm9.90 klu naik ERL. dan perjalanan aku smooth dari sangkaan

sampai di rumah abang, aku disambut mesra ngn anak-anak abang ngan kakak. qistina, wawa, dek na n nurin. qistina da boleh berjalan n kelincahannya menambat hati aku. terlalu lama rasanya aku tak menjejak kaki ke rumah ini. dulu last sekali, qistina masih ligat merangkak. ye la... waktu tu aku masih blaja lagi. kerap jugak aku kesana. sekarang da bekerja, keadaan da berubah

lama x berjumpa, banyak yang aku bualkan bersama abang ngan kakak. kerana keletihan, aku memutuskan untuk tidak mengikut abang bermain badminton. sebabnya... aku ada agenda tersendiri sok pagi. :-)

* * * * * * * * * * * * * * * * *

tanggal 9 julai 2009 lbh kurang pukul 10.45am aku da terpacak di perkarangan bangunan KDRM. abang yang menghantar aku kesana. motif aku kesini, mengumpulkan segala information pasal KDRM. so department yang aku tujui adalah Perpustakaan KDRM.

sehari suntuk aku disana... sedar2 jam da menunjukkan hampir pukul 4.30pm. sebelum tu aku sempat mengsms abang minta abang mengambil aku di KDRM after office hour. so bermakna aku da beberapa minit lagi tuk mengkhatamkan pencarian aku. ditangan aku ketika itu ada sebuah file pasal jenis2 cukai yang belum aku teliti lagi. zooomm!!! sekali imbas aku baca n take note. after that
baru aku terasa jari aku kebas. diujung jari telunjuk aku, terlihat kesan lekuk menandakan
betapa asyiknya aku mencorat coret...

masa yang tinggal, aku gunakan untuk mengisi perut aku. aku hanya sempat menjamah nasi putih dan berlauk ayam masak kurma. sampai dilobby KDRM, aku baru sempat melabuhkan punggung beberapa minit (aku sempat snap beberapa keping gambar) bila abang da call bertanya aku dimana. aku cakap aku tunggu di tempat yang dijanjikan.

sampai rumah jer, aku da flat. otak aku berserabut. aku cuba bermain-main ngan qistina n wawa. comel sangat qistina terlompat-lompat, berlari-lari n ketawa dan tersenyum. dalam waktu yang sama, nasi berlauk ayam masak kurma yang aku makan, belum mampu mengeyangkan aku... akibatnya aku makan nasi sekali lagi. (hurmmm abang... bibik masak kureng sket lor). actually aku bukan nak compare cara masakan bibik ngn kakak. tapi kakak aku ni masak memang marvelous. lagi-lagi laksa johor. aku da makan laksa johor dibeberapa tempat n adik aku sendiri pon bagi tau, laksa johor kakak yang paling sedap pernah dirasa. tu belum lagi sambal sotong keretanya, hu hu. tetiba jer perut aku berasa lapar.

lepas tolong wawa siapkan kerja sekolah dia n usai semua benda, aku bersiap-siap nak balik. plan asal nak balik lepas maghrib. tapi terlalu syok bermain ngan wawa, qistina, dek na n nurin, aku terlajak masa. nurin x habih2 ngn teka-teki dia. qistina terikut-ikut ngan kakak-kakak dia yang lain main loncat-loncat atas katil. sekali aku dapat peluk dia n cakpong tinggi-tinggi, tergelak dia mengekek manja. tetiba plak terdengar satu suara dari mulut wawa yang comel...
"abang zaki... jangan la balik, balik la esok"... aku terkedu n terpempan. alahai... aku ni cukup lemah dengan anak abang n kakak aku yang sorang ni... aku cakap kat wawa, aku kena balik sebab esok kerja n dorang sibuk bertanya bila aku cuti lagi n bila nak datang. aku bagi tau dorang, Insyallah ada rezeki, aku akan datang lagi.

bila sampai ketikanya aku berangkat balik ke bangsar, aku nampak wawa da diam n yang lain2 sibuk mujuk aku tido semalam lagi... terasa beratnya hati nak balik. hu hu hu. wawa, nurin, dek na n qistina... Insyaallah, ada rezeki abang zaki datang sana lagi n kita main2 lagi k n ada masa lain plak bley ajak ayah n mama jalan2 umah abang zaki. rindu kalian suma...

.:: Biarlah Rahsia ::.

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata kata
Bertulangkan dusta

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

p/s: aku tiada apa mau diperkatakan... silalah layan lirik diatas...

Wednesday, July 8, 2009

"Moody Mood Makers.."

Astaghfirullah... beristighfar aku... dari satu masalah ke satu masalah. da la terlewat lagi pegi kerja (aku still menghadapi masalah kesukaran tido). punch card aku minggu ni suma merah. BAGUS!!! pekerja contoh...

sampai opis, system kat pc aku still wat hal lagi... "failed to invoke ILMU system"... itu la yg appear kat screen komputer aku bila setiap kali aku cuba access system ILMU. Perghhh. berasap aku. aku tak ready lagi nak call Paradigm (pembekal system ILMU). sebabnya, last we all face the problem psl ILMU, aku siap bertekak lagi ngn operator dorang. last2 aku call dorang punya manager n suh antar dorangnya system engineer. hah! boleh pon dorang datang setup balik kitaorang punya system. dulu masa jual barang bukan main hebat punya promotion. bila ada problem, main calling-calling jer... kali ini aku just nak report kat management atas jer. tau la dorang settlekan.

tu satu. other one, printer plak wat hal. print x ley. setup suma ok. IP address suma ok. check itu, check ini... suma clear. apala masalahnya plak... orang technician pon tak tau da nak wat apa.

kemudian datang plak satu masalah lain. lepas aku wat cataloguing (B.O), aku wat labeling. printer label plak cari pasal. larik dia punya setting. Yaaaa Allah!!!!!. betul2 menguji iman aku!!!. setiap kali print, kuar separuh-separuh. ataupun x kuar langsung... aku setting baru pon sama gak, staff aku wat pon still sama gak hasilnya. penyudahnya, terpaksa print label satu persatu. bilanya nak siap? hu hu hu

hari ni betul2 wat aku moody :-( Aku rasa cam nak marah, tp x leh nak marah. sbb aku x tau nak marah saper... lgpon sifat pemarah tukan saudara syaitan... :-)

p/s: ari ni... betul2 menguji iman aku... esok bagaimanakah pula...?

Sunday, July 5, 2009

Apa yang aku dapat...

hari ni aku terbaca satu citer yang betul2 memotivasikan aku. dari sebuah blog yang aku terjah masuk... cerita perihal dirinya yang gigih berusaha untuk mendapat kecemerlangan dalam A-Levelsnya. dan aku pula akan implementkan kisahnya (Insyaallah) kedalam kehidupan aku especilally thesis in the making aku yang asyik kena redo jer... (Ya Allah... berilah aku kekuatan...). Insyallah... aku akan try yg terbaik.

apa yang aku dpt dari kisah beliau, kerana kejahilan beliau, beliau berusaha untuk memajukan diri lebih maju dari orang lain. apa yang aku faham, if Allah menjadikan diri beliau pandai sepandai pandainya, aku beranggapkan, beliau takkan maju seperti sekarang.

dan aku belajar sesuatu... walupun aku sentiasa ingatkan diri aku, sesuatu yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. itu semua ketentuan Allah. sebabnya mudah. Allah inginkan yang terbaik wat hambanya... nama pon hamba, kadang-kadang aku sendiri pon tersasar n mengeluh.

tapi aku ni manusia biasa... tahap keredhaan aku tak sehebat tahap keredhaan hamba-hambanya yang terpilih. walaupun dibibir melafazkan redha, dan dihati mengaku pasrah, kadangkala air mata menitis jua...

p/s: wait n see. disamping doa usaha n tawakal

Saturday, July 4, 2009

revenge of the fallen


last thursday... akhirnya aku dpt gak tengok transformers: revenge of the fallen. hu hu hu. aku memegang tiket dengan penuh keemosian. aku da tunggu beberapa hari, baru la ni aku dpt menontonnya. seat asyik penuh jer. walaupun bermacam dugaan sebelum masuk ke panggung yang boleh mengganggu konsentrasi aku n emosi aku, tp aku tetapkan tekad. aku kena fokus tuk tengok citer ni... gitu la aku

lepas aku tengok citer ni..., aku rasa sedey sangat. citer ni x seperti yang aku bayangkan. dari segi kekemasan grafik memang tiptop. especially bila robot-robot ni nak transform, scene fighting n so on. tapi dorang ni terlupa bahawa peperangan ni juga melibatkan manusia sehingga ada beberapa scene yang melibatkan manusia ni, pihak produksi lupa nak memperkemaskannya. sebagai contoh. aku rasa pelik bila tiba-tiba si sam withwicky ni boley nak mampos lepas kena bedil ngn megatron, bila di perhatikan bebetul, bedilan tu x kena dirinya. cuma dia jatuh terhempas je. tp sebelum ni kena hempuk ke, jatuh bangunan ke still maintain cute jer. boleh bangun lagi. tapi aku rasa manusia biasa da qolu inna... agak2 si sam ni robot gak ke???

si mekala tu plak (btul ke ejaan aku) blh maintain seksi walaupun da kena hentak brapa kali. kesan darah sket pon x der. calar balar kat kaki pon x der. padahal seluar bukan main pendek. seriesly... mata aku nampak cam pelakon lagak ngeri je yg lakukan. mata orang lain, aku x tau ler... lagi satu, setiap kali bercakap n kamera fokus kat muka dia, dia blh wat muka stim jer sepanjang filem tu... x kira apa situasi. waaah! memang pelakon simbol seks la kau...

jalan citernya plak masih lagi berkisar ngn allsparks (nak tau, tgk sendiri). tapi kali ni misi tuk menghidupkan semula waris terakhir prime. kerana dia sorang sajer yang boleh menghalang the fallen (apa tuh the fallen?, musuh yg tertewas ke? g tengok sendiri) dari mengidupkan semula mesin tuk menuai sinaran matahari yang boleh meghasilkan energon yang mengakibatkan kemusnahan bumi. energon adalah sumber tenaga cybertron, planet makhluk transformers ni tuk meneruskan hidup. tu la yang aku faham...

berapa bintang aku bg citer ni...? ntahla. tapi yang pasti aku takkan tengok tuk kedua kalinya pakai duit aku sendiri seperti filem pertama dulu... kalau org blanja lain citer ler :-)


p/s: aku menunggu G.I Joe n half blood prince...

Friday, July 3, 2009

Perang Saraf

banyak benda n stories yg aku nak share. tp disebabkan kesihatan aku yg x berapa baik ditambah pula broadband aku tetiba bertukar menjadi berukbanned, makanya aktiviti blogging aku terbantut beberapa hari. first entry on july, saje je aku letak title seperti diatas

yaaa... aku mau melancarkan perang saraf. dengan siapa? tunggu dan lihat. aku sebenarnya dah bersabar beberapa saat, minit, jam hari dan bulan. tapi kesabaran aku kali ni da capai tahap maksima. kalau di cucuk sekali lagi. sudah pasti beb... mesti meletup. kabooommm!!!.

memang semuanya berpunca daripada aku... terlalu berlembut hati. sampai orang pijak kepala. aku boleh mantain lagi bila kasut aku bertukar tuan secara tak rasmi... ataupun barang aku dipinjam tanpa diberitahu... isnin lepas, aku betul-betul hangin bila aku nak print kerja-kerja ayah aku, ink printer tu beri amaran:
low ink... WHAT THE ****!!!
aku baru tukar dakwat tu last month n baru guna ciput jer. tu pon aku tak sempat nak print draft thesis aku... boleh da low ink. apa case macha??? ingat murah dakwat print tu??

yang ini aku tak bley sabar... sebabnya cukup mudah... aku sentiasa bersedia dalam keadaan yang kritikal. sebagai contoh kalau kredit aku abih, aku da ready ngn top up rm10 emergency. tuk case ni, aku da dpt agak tahap ink printer aku. kalau ada kecemasan sekali pon aku boleh print lagi.

korang bayangkan, kalau aku nak submit draft thesis sok pagi n saje aku nak print thesis tu pagi-pagi sebelum ngadap supervisor n tetiba lak ink printer abih n dorang yg menggunakan tu x bg tau. boleh korang bayangkan apa yang akan terjadi???

kalau ikut mulut aku yang jahat ni, aku rasa nak ***** n sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku, lebih baik aku lancarkan dulu perang saraf. korang ngn dunia korang, aku ngn dunia aku...


n aku pon da slowly get ready tuk out of...