Followers

Sunday, July 5, 2009

Apa yang aku dapat...

hari ni aku terbaca satu citer yang betul2 memotivasikan aku. dari sebuah blog yang aku terjah masuk... cerita perihal dirinya yang gigih berusaha untuk mendapat kecemerlangan dalam A-Levelsnya. dan aku pula akan implementkan kisahnya (Insyaallah) kedalam kehidupan aku especilally thesis in the making aku yang asyik kena redo jer... (Ya Allah... berilah aku kekuatan...). Insyallah... aku akan try yg terbaik.

apa yang aku dpt dari kisah beliau, kerana kejahilan beliau, beliau berusaha untuk memajukan diri lebih maju dari orang lain. apa yang aku faham, if Allah menjadikan diri beliau pandai sepandai pandainya, aku beranggapkan, beliau takkan maju seperti sekarang.

dan aku belajar sesuatu... walupun aku sentiasa ingatkan diri aku, sesuatu yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. itu semua ketentuan Allah. sebabnya mudah. Allah inginkan yang terbaik wat hambanya... nama pon hamba, kadang-kadang aku sendiri pon tersasar n mengeluh.

tapi aku ni manusia biasa... tahap keredhaan aku tak sehebat tahap keredhaan hamba-hambanya yang terpilih. walaupun dibibir melafazkan redha, dan dihati mengaku pasrah, kadangkala air mata menitis jua...

p/s: wait n see. disamping doa usaha n tawakal

1 comments:

Satria165 said...

melafaz redha biar sampai ke hati, kita insan tak lepas daripada ujian Ilahi, cita-cita kita dan matlamat kita hidup di dunia sebenarnya adalah satu, iaitu bertemu Allah akhirat nanti (di syurga)...Bila Allah cepat mekburkan doamu, maka Dia menyanyangi mu, Bila Dia lambat mekbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, Bila Dia tidak mekbuklan doa mu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk mu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Nya itu mendahului kemurkaan Nya.... ingat tujuan kita dihidupkan di dunia ini ialah satu. bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.......

Salam Ziarah... :) Satria165