Followers

Saturday, July 4, 2009

revenge of the fallen


last thursday... akhirnya aku dpt gak tengok transformers: revenge of the fallen. hu hu hu. aku memegang tiket dengan penuh keemosian. aku da tunggu beberapa hari, baru la ni aku dpt menontonnya. seat asyik penuh jer. walaupun bermacam dugaan sebelum masuk ke panggung yang boleh mengganggu konsentrasi aku n emosi aku, tp aku tetapkan tekad. aku kena fokus tuk tengok citer ni... gitu la aku

lepas aku tengok citer ni..., aku rasa sedey sangat. citer ni x seperti yang aku bayangkan. dari segi kekemasan grafik memang tiptop. especially bila robot-robot ni nak transform, scene fighting n so on. tapi dorang ni terlupa bahawa peperangan ni juga melibatkan manusia sehingga ada beberapa scene yang melibatkan manusia ni, pihak produksi lupa nak memperkemaskannya. sebagai contoh. aku rasa pelik bila tiba-tiba si sam withwicky ni boley nak mampos lepas kena bedil ngn megatron, bila di perhatikan bebetul, bedilan tu x kena dirinya. cuma dia jatuh terhempas je. tp sebelum ni kena hempuk ke, jatuh bangunan ke still maintain cute jer. boleh bangun lagi. tapi aku rasa manusia biasa da qolu inna... agak2 si sam ni robot gak ke???

si mekala tu plak (btul ke ejaan aku) blh maintain seksi walaupun da kena hentak brapa kali. kesan darah sket pon x der. calar balar kat kaki pon x der. padahal seluar bukan main pendek. seriesly... mata aku nampak cam pelakon lagak ngeri je yg lakukan. mata orang lain, aku x tau ler... lagi satu, setiap kali bercakap n kamera fokus kat muka dia, dia blh wat muka stim jer sepanjang filem tu... x kira apa situasi. waaah! memang pelakon simbol seks la kau...

jalan citernya plak masih lagi berkisar ngn allsparks (nak tau, tgk sendiri). tapi kali ni misi tuk menghidupkan semula waris terakhir prime. kerana dia sorang sajer yang boleh menghalang the fallen (apa tuh the fallen?, musuh yg tertewas ke? g tengok sendiri) dari mengidupkan semula mesin tuk menuai sinaran matahari yang boleh meghasilkan energon yang mengakibatkan kemusnahan bumi. energon adalah sumber tenaga cybertron, planet makhluk transformers ni tuk meneruskan hidup. tu la yang aku faham...

berapa bintang aku bg citer ni...? ntahla. tapi yang pasti aku takkan tengok tuk kedua kalinya pakai duit aku sendiri seperti filem pertama dulu... kalau org blanja lain citer ler :-)


p/s: aku menunggu G.I Joe n half blood prince...

2 comments:

Iqone_Dinie said...

salam syuq...hehe best ar ko leh tengok dah cite tuh...aku still xde peluang tengok cite tuh...huhu...

attyfir said...

bagi kty pun citer yg kedua nie tak brp..best lagi yg 1st..