Followers

Thursday, June 10, 2010

Belajar Menghormati Orang Lain

image ehsan aunty google


pernah tak korang alami bila korang tengah seronok melayan cerita di televisyen, tiba-tiba dengan selamba seorang kawan korang datang, mengambil alat kawalan jauh dan menukar saluran siaran. apa perasaan korang ketika itu? selamba jer? gembira? marah? sakit hati? tak der perasaan apa-apa?...

aku tak kisah kalau televisyen itu dia yang punya, astro tu dia sendiri yang bayar tiap-tiap bulan. tapi masalahnya, maintenance televisyen tu, sama-sama bayar. begitu juga dengan siaran astro. sama-sama bayar. kami satu rumah kongsi membayarnya.

bukan setakat naik angin, aku rasa macam naik hantu pun ada dengan perangai kawan aku yang sorang ni. langsung tak menghormati orang lain. adakah dia tak perasan ataupun buat-buat tak perasan bila dia duduk menghadap televisyen, semua kawan-kawan yang lain menghilangkan diri. ada seorang kawan serumah aku ni pernah meluahkan perasaan kat aku. betapa dia cukup geram dan menyampah dengan perangi kawan kami yang seorang ini yang suka menukar saluran televisyen sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang menonton sama. apakah jenis manusia sebegitu?

memang nampak benda ni masalah kecil sahaja. tetapi cuba korang letak situasi kami ini dalam situasi korang... baru korang rasa apa yang kami rasa.

ada satu hari. aku sedang menonton siaran Oprah yang membicarakan isu penggunaan telefon bimbit semasa memandu. topik yang cukup menarik bagi aku. dan saat-saat terakhir dalam membicarakan isu tersebut dan Oprah sendiri sedang mengulas bagi menutup tirai siarannya, dengan tiba-tiba siaran rancangan bertukar... apakah agaknya yang korang dapat fikirkan perasaan aku ketika itu?

mungkin dari kecil hingga dewasa, aku dididik dan ditanam dengan satu sifat; "tak mengapalah, tak rugi mengalah" membuat aku berdiam diri sahaja. tapi ingat. diamnya aku diam gunung berapi, diamnya sarang tebuang yang tebuannya sedang tidur didalam sarang dan jangan cuba di jolok dan jangan cuba mengeluarkan laharnya. kelak tak diketahui apa yang berlaku.

bila situasi ini terjadi, aku lebih suka mengambil sikap yang lebih selamat (biasanya aku akan mengurung diri didalam bilik sampailah perasaan aku reda kembali) sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku; seperti aku menumbuk muka dia dengan selamba ataupun aku akan mengacukan penumbuk dengan jari hantu aku keluarkan dan disuakan didepan muka dia sambil menghamburkan kata-kata yang paling kesat.

aku sedang memikirkan cara yang paling halus dan lembut sekali untuk menyedarkan dia bahawa cara dia itu menyebabkan kami serumah tidak berapa selesa. kita duduk serumah umpama sebuah keluarga. sakit pening kita, kita yang sama-sama menanggungnya. televisyen adalah hak bersama sebab kita sama-sama membayarnya.

andaikata bila orang lain sudah terlebih dahulu membuka siaran televisyen kesukaannya, hormatilah... dan sama-samalah kita menontonnya walaupun itu bukan siarannya kesukaan kita. tak salahkan kalau kita sama-sama bergembira?

tak rugi kalau kita menghormati orang lain ataupun menghormati perasaan dan keputusan orang lain. bahkan orang akan lebih menyayangi kita dan menghormati perasaan kita.

5 comments:

iemaZAIMAH said...

serius tak sukeeeeeeeeeeeee...no respect on others..ish3..tak elok la mcm tu..even bnd tu bg dye mungkin nmpk kecil..tp bile dh kerap sgt boleh jd nanah taw..xbaik2..

Unknown said...

err
x penah lagi laa
even dengan family pun, sll ery kongker tv
ngahahah =P

eNaSaN said...

tue la



bila kita nk org hormat kita..kita kena hormat org juga ..




ku slalu mengalah..huhu itu terbaik..

sid sienna said...

sometimes org mcm nie mmg susah nk faham.. rse nk try see through mind dieorg.. hehe.. tp dari sakit hati, baik la x payah layan.. or sound je skali.. biar die betul2 faham org x bole terima cara die..

SyuQ said...

iema zaimah:
sy pun sama... sbb tu klu benda tu terjadi, sy lebih suka masuk bilik atau keluar rumah... klu x memang boleh jadi gaduh


enasan:
setuju


ery farieha:
he he he. mudah2an ery x terkena. sekali dua tak per. tapi kalau da kerap kali, teringin jugak nak bagi sedas dua penampar. he he he


indahnyasisuria:
memang dia bakal di sound. tunggu masa yang sesuai supaya semua pihak tak berasa sakit hati dan dapat diselesaikan tanpa tangan dan kaki mencapai badan :-)