Followers

Friday, June 25, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Kedua

Hari kedua aku di Labuan, aku terlewat bangun. Mungkin sebab tak cukup tidur, aku terlajak hingga ke pagi. Sedar-sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30am. Apa lagi, macam lipas kudung aku bangun dan bersiap. Pukul 10.00am aku dah mula merayau-rayau disekitar bandar Labuan. Target aku; 8/10 dari apa yang aku nak cari, mesti diperolehi. Sebab musabab aku berbuat begitu, walaupun aku masih ada baki satu setengah hari lagi di Labuan kerana hotel penginapan Abang aku terletak jauh ke tanjung dan jauh dari bandar Labuan mungkin agak menyukarkan aku berulang-alik dari tempat penginapan ke bandar Labuan.

Aku ni jenis yang cerewet dan memilih. Suka menawar harga sampai tokeh kedai dah tahu nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku suka mengulang dua tiga kali ke kedai yang sama. Jadi aku lebih suka memilih untuk bershoping sendirian. Aku boleh pilih kedai mana yang aku nak masuk.

Bazar Labuan. Macam-macam ada

Dari Bazar Labuan, aku ke Ujana Kewangan. Dari Ujana Kewangan, aku berpatah balik ke bandar Labuan. Singgah ke kedai duty free dan supermarket. Mencari barangan cenderahati dan juga coklat. Sedar tak sedar jam kat tangan aku dah hampir menunjukkan pukul 12.00pm dan aku kena check out dari Hotel Ambassador sebelum pihak hotel mengenakan charge tambahan. Kalau ikut pengiraan aku, aku nak tinggal lagi disini satu malam. Tapi bila difikirkan balik dengan nilai RM89 semalam, aku boleh beli 3 kotak ferrero rocher; 30 biji sekotak dengan harga RM79 jer dan berbaki lagi RM10 yang aku boleh beli coklat cadbury turkish delight dengan harga RM8.80 sepapan, maka aku batalkan hasrat aku untuk bermalam lagi semalam dihotel ini.

Sampai hotel, aku terus lunch lebih kurang. Packing barang dan check out. Lepas cehck out aku masih lagi stay di lobby. Bila aku dapat mesej daripada Abang aku yang beliau dah check in di Tiara Labuan Hotel, aku terus bergerak kesana menggunakan teksi dengan tambang RM12. Aku rasa, kadar tambang teksi yang dikenakan adalah mengikut zon dan sama rata iaitu RM10 kalau dalam lingkungan zon yang ditetapkan dan dikenakan charge RM2 bagi teksi yang kita panggil menggunakan telefon.

Sampai di Tiara Labuan Hotel, aku terpesona dengan decoration dan konsep hotel ini. Memang cantik dan menawan. Mewah dan Elegent. Lepas masuk bilik, aku terus tumbang kepenatan. Dalam keadaan mamai, aku dapat panggilan telefon daripada MPSJ untuk temudaga jawatan Pustakawan... (nanti aku cerita next entry pengalaman temuduga yang sememangnya hampeh)

Bilik hotel yang berkonsepkan chalet


Landskap kolam ikan kap


Laluan ke bilik-bilik hotel


Ruangan bilik yang luas , seluas rumah...

Lepas menerima panggilan, aku dah terkebil-kebil tak boleh nak tidur. Disaat fikiran aku menerawang, Abang aku balik dan mengajak keluar. Shopping lagik. Suka aku. He he he. Kali ni aku pergi bertiga; aku, Abang aku dan kawan Abang aku; Sharil. Mereka ni menghadiri seminar yang dianjurkan oleh NIOSH. Aku ni menumpang sekaki untuk berjalan jer. Abang aku ni ringan mulut sikit. Semua benda ditanya. Lepas tu dia sibuk bercerita disana murah, disini murah. Orang tu cakap, orang ni cakap. Tapi dia tak tahu adiknya ni lagi cekap. Semua kedai aku dah redah. Dalam kepala otak aku, aku dah rancang nak bawa diorang ni kemana-mana dan kemana.

Bangunan besar shopping complex ni, jangan disangka tiada kedai duty free yg lagi murah dari di bandar...

Destinasi pertama Ujana Kewangan. Kenapa aku pilih tempat ni berbanding kedai-kedai duty free yang lain, yang terletak dibandar Labuan macam One Stop Center kat Victoria Point? Disinilah terselitnya satu pasaraya bernama Monegain Sdn Bhd yang menjual coklat Daim dengan harga RM13.50 per 300 gram berbanding kedai-kedai lain yang rata-rata menjualnya dengan harga RM15.50 per 300 gram. Coklat Ferrero Rocher pun boleh dibeli dengan harga RM80 per tiga kotak, yang mana setiap kotak mengandungi 30 biji Ferraro Rocher. Mahal RM1 berbanding satu kedai duty free yang aku terlupa namanya. Coklat Cadbury pun boleh dibeli dengan harga RM8.80 sepapan sahaja disini dengan semua jenis perasa ada. Coklat Golden Boronia Nougat cuma berharga RM88 sekilogram (bukan pergram yer), kebanyakan kedai lain menjual coklat ni dengan kadar kuantiti yang sedikit dan dalam pek yang lebih kecil jumlahnya dan bukan pakai kilo.

Apa lagi. Kelabulah mata diorang ni. Aku sememangnya sudah habis memborong. Cuma aku tambah sikit-sikit sahaja lagi. Coklat Cadbury aku bercadang untuk membelinya disaat akhir. Sebab aku takut cair. Selepas borong coklat, mereka singgah sebentar di gerai yang menjual aksesori wanita. Macam gelang, rantai, cincin, broch (betul ke ejaan aku? Ala, benda yang dipakai kat tudung tu). Aksesori wanita disini kesemuanya berasaskan mutiara dan kristal. Aku yang lelaki ni pun boleh kelabu biji mata, apatah lagi kaum wanita kat luar sana. Kebanyakan mutiara disini tidak diikat dengan emas dan hampir keseluruhannya diikat dengan tangsi, besi dan kalau ada pun hanya suasa. Sebab tu juga harganya agak murah. Paling murah gelang mutiara aku beli berharga RM8 seutas... Sudah semestinya yang original. Ada rahsia bagi mengenal pasti mutiara asli ataupun tiruan... Kalau nak tahu, kena bayar dulu pengeras kat aku :-)

Sebenarnya aku tak berapa suka nak membeli aksesori wanita didalam Ujana Kewangan. Sebab boleh dapat lagi murah di Bazar Labuan. Tapi disebabkan jadual seminar mereka yang tersangatlah pack, Maka aku membiarkan sahaja mereka memborong disitu. Sesungguhnya aku pasti memang diorang takkan sempat nak menjengah Bazar Labuan. Kalau dapat sampai pun mungkin kedai-kedai dah tutup.

Restoran makanan laut

Seterusnya, aku bawa mereka berjalan-jalan dibandar Labuan (da macam tourist guide pulak aku time tu). Kemudian kami singgah di Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant. Setakat ini, disinilah restoran yang aku tahu menjual makanan laut segar berharga murah. Tempat ni terletak bersebelahan dengan Jeti Feri Labuan. Malam tu kami order sotong panggang, udang goreng tepung, udang sata masam manis, kailan ikan masin, nasi putih, sup kosong, air laici, teh o ais limau dan teh ais berjumlah RM77.20 sahaja. Itu pun banyak lagi berbaki dan kami bungkus bawa balik ke hotel. Sotong kali ni lebih besar dari yang aku makan malam sebelumnya. Besar giler. Lebih besar dari lengan aku seekor dan kami ambil 2 ekor dan bila siap dimasak, penuh sepinggan besar. Bukan pinggan hidangan biasa. Tetapi pinggan makan. Sotong dan udang disini berharga RM3 per 100gram. Harga sekali dengan masak dan udang sata berharga RM6.50 per 100gram. Udang sata ni serupa macam lobster cuma dia lebar sedikit dan warnanya lebih gelap. Tiada gambar yang sempat dirakamkan kerana kami kelaparan...

Usai makan, kami bergerak balik ke hotel penginapan menggunakan teksi dengan tambang RM10. Pengangkutan awam utama disini ialah teksi dan juga bas mini. Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan melebihi pukul 9.00pm dan suasana dibandar Labuan sunyi sepi... Kebanyakan kedai sudah pun menutup premis perniagaannya.

6 comments:

Softtouch [Hanim] said...

bestnya syuq ko soping...kalu ko lelaki pun smpai eklabu mata apatah org pompuan syuq...terus buta agaknya..haahahahaha

Unknown said...

bestnya awk dpt g jln2,
sy jer x sempat nak g jln2,
paling jauh sy pegi pun ke penang saja,
huk huk huk

SyuQ said...

hanim:
ha ha ha. series muza. barangan mutiara, fullamak... coklat, barang kemas, aksesori komputer, telefon bimbit. rambang mata...


Cik Wanie:
eleh... awak pun bkn bakal nak pergi sarawak ke? he he he

Anonymous said...

Good post and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thanks you seeking your information.

bariey said...

hai syuq, barangan aksesori komputer ngn telefon bimbit murah2 kat mana? saya nak g labuan akhir bulan 2 ni.. :)

SyuQ said...

hai bariey. barangan aksesori komputer dan telefon bimbit memanglah tersangat murahnya. kalau disemenanjung ipad sekitar rm2000, di labuan sy rasa ipad sekitar rm1400.

bariey boleh try survey di ujana kewangan. disitu banyak kiosk dan kedai2 komputer dan telefon bimbit. kat situ gak ada kedai duty free yg barangan lebih murah sket berbanding di pekan besar nama kedai tu tak salah saya, monegain... selamat bercuti ke Labuan!