Followers

Sunday, June 20, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Pertama

Lebih kurang Pukul 10.15am aku dah selamat mendarat di bumi Labuan. Mabuk. Itu yang aku dapat gambarkan. Banyak tempat dah aku pergi. Pernah naik flight sampai lapan jam kebumi Anbiya', tapi tiada apa yang berlaku. Kali ni aku mabuk sampai loya, nak muntah, pening dan sebagainya. Aku memang tak sabar nak check in hotel dan berehat.

Sampai ke Hotel Ambassador, rupanya aku tersalah hotel. Hotel Ambassador ada dua tempat rupanya. Yang aku tempah tu kat Jalan Mawar. Mengamuk sat aku kat situ. Mula-mula sampai, receptionist tu kata inilah hotelnya. Pakcik teksi tu siap tunggu aku nak pastikan yang aku ke hotel yang betul. Tapi bila disemak balik, nama aku takde dan ada kat Hotel Ambassdor Jalan Mawar. Pakcik teksi tu pula dah gerak jalan. Apa kes? Nasib baik ada satu receptionist ni bertindak pantas meminta pemandu hotel datang mengambil aku.

Hotel Ambassador ni hotel budget. RM89 satu malam dan terletak betul-betul ditengah bandar Labuan. Tapi tak nampak macam hotel budget, macam hotel 3 bintang. Series aku cakap. Ada peti sejuk, ada aircond. Dan yang pasti bukan tempat tumpuan pelacur. he he he.

Sampai kebilik, aku da flat. Rasa macam nak tumbang. Tapi semangat berjimba aku terlalu kuat. Lepas rehat sekejap, aku merewang. Mencari tempat shoping dan tempat-tempat menarik. kat sini, ada Bazaar Labuan. disinilah tempat nak shoping barangan cenderahati. Mutiara, dijual macam jual manik jer. Murah giler! Tapi kena pandai pilih. Kedai bebas cukai, bersepah-sepah kat sini. Harga lebih kurang sama jer antara satu kedai dengan kedai yang lain. Sama macam kat Langkawi gak. Satu jer, perfumes agak mahal kat sini. Minuman berakohol pula, dijual macam jual gula. Merata-rata ada.

Lepas survey dan shoping lebih kurang, aku meneruskan perjalanan meredah bandar Labuan. Lebih kurang dalam pukul 2pm aku balik kehotel. Kali ini aku betul-betul kepenatan dan kesakitan kepala. Lepas solat Zohor, aku terus layan tidur.

Lebih kurang dalam pukul 6.30pm, aku tersedar. Itu pun Abang aku telefon bertanyakan keadaan aku dan suasana di Labuan. Selepas mandi dan bersolat, aku mencari kedai makanan laut. Aku order nasi putih, teh ais, air kosong, sup kosong, sotong dan udang bakar. Sotong aku ambil dua ekor. Lebih kurang sebesar lengan aku! Memang besar bagak! Dan udang pula aku ambil lebih kurang enam ekor, sebesar ibujari aku seekor. Harga semua lebih kurang RM24.90. Bagi aku dah murah. Sotong 100g cuma RM3 sahaja. Aku memang kemaruk makan sotong. Aku mengambil masa juga nak meratah sotong dengan udang ni.

Lepas makan, aku sambung shoping lagi. Di ingatkan bagi mereka yang memasang niat berkunjung ke Labuan, kebanyakan kedai menutup pintunya tepat pukul 7.00pm. Pukul 8.30pm tu da sunyi sepi. Hanya tinggal beberapa kedai duty free yang jenis high class dan supermarket yang membuka perniagaannya sehingga pukul 9.00pm.

Silalah layan gambar-gambar dibawah untuk hari ni yang aku sempat snap beberapa keping

bilik air hotel aku


meja yang tersedia minuman segera. dibawah televisyen tu peti sejuk


Katil. Double yer. Bukan single. Rasanya berbaloi dengan RM89 semalam


Sotong dan Udang bakar


pantai Labuan.


Salah satu pengangkutan awam yang terdapat di Labuan


Kat Labuan pun ada Giant ngn Parkson :-)


Aiyarrrkkk! Tetiba aku terjumpa ini...

12 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Syuq.. Labuan memang sangat best.. Rindu nak ke sana lagi.. Suke waktu malam dia.. Cepat sunyi.. Heehee.. =)

Softtouch [Hanim] said...

samalah kita syuq suka sotong....nak2 sotong goreng tepung..sedapnya...katil double?kalu ade partner lg suok syuq..hahahahahahah..jgn marah...

hanny said...

wahhhhh...nak ikuttttt...

attyfir said...

beshnya syuq..terliur nengok udang ngn sotong..tuh

sheila said...

sedapnya makanan tu..huhu

Unknown said...

ha???
pasar babi???
jual babi ker?

Unknown said...

alamak sotong!!!!!
sukernyer saya,
lagi bertambah suker kalau ada soong goreng tepung,
i likessssss;)
~wink wink~

SyuQ said...

Farhana:
Labuan mmg best :-)


Hanim:
I.Allah, doakanlah muza. he he he. ada rezeki bley honeymoon kat sini.


Kak atty:
series kak sedap. puas giler sy mkn sotong ngn udang


fdeila:
he he he. memang sedap. berbaloi-baloi.


hanny:
lain kali kita g sesama yer dik. mmg best. shoping lagi best. kamukan suka shoping. he he he. tp beg tangan x dak jual la dik. hu hu hu.


Cik Wanie:
sotong goreng not my faveret, x brapa gemar. tp i like sotong panggang. yummy.
yup, thats pasar yg menjual babi. he he he

bariey said...

hai syuq,
nak tny dari airport labuan ke hotel bape RM tambang teksi?

SyuQ said...

hai bariey. dari airport ke hotel disekitar bandar labuan berharga RM12 jer.

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

salam.. macam mana booking hotel ni eh? saya call dan dorang tak ambil booking lak.. nak walk in takut xde bilik lak nnt.. huu..

SyuQ said...

salam chaireel. cuma certain hotel je accept booking. yg lain suma walk in. cuma hotel ni je yg trima booking masa sy pergi dulu. tq