Followers

Wednesday, June 30, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Ketiga

Hari ketiga di Labuan dan hari pertama bermalam di Tiara Labuan Hotel. Bangun pagi, gosok gigi, mandi... Abang aku dah bangun lebih dulu dan pergi breakfast sengsorang. Hantu betul.

Lepas breakfast, aku terus gerak ke lobby hotel dan requested shuttle ke bandar Labuan. Lebih 1 jam aku menunggu, baru ada shuttle datang. Bagus! nice services...

Dari bandar Labuan, aku gerak ke kampung air yang diberi nama Kampung Patau-Patau. Kali ni aku pergi menaiki teksi dan dikenakan tambang RM10. Sadis. hu hu hu. RM10 aku boleh beli coklat cadbury sepapan. Tapi tak mengapa. Melalui pakcik teksi ni aku belajar selok belok Labuan... :-) Pakcik teksi tu cakap, kampung air ni ada dua tempat. satu; Patau-Patau 1 dan satu lagi Patau-Patau 2. Pakcik tu cakap lagi, Patau-Patau 2 yang paling cantik sekali yang boleh nampak permandangan bandar Labuan.


Kampung Air. Titi atau jambatannya dah pakai konkrit


Jamban. Aku rasa aku x mampu nak terberak. he he he


Rumah dah menyerupai banglo


Pemandangan bandar Labuan dari Patau-Patau 2


Celah-celah rumah

Aku habiskan masa lebih kurang 30 minit di Kampung Patau-Patau 2. Pusing sana-pusing sini. Ambil gambar sana, ambil gambar sini dan aku baru perasan... Akulah satu-satunya pelancong disitu dan tempat yang aku berjalan keliling terpusing-pusing tu rupanya adalah kawasan perumahan rumah orang. ha ha ha. Aku tak dapat membayangkan kalau-kalau halaman rumah aku didatangi orang, terpusing kesana-kesini sambil mengambil gambar. Mesti aku cakap orang ni gila...

Kampung air ni dah moden sedikit. Sebelum sampai kesini, aku membayangkan, sebuah rumah yang dibina diatas pangkin buluh dengan setiap titinya pun dibuat dengan menggunakan buluh. Rupanya, semua tu hanya imiginasi aku sahaja. Rumah kat sini semua dah macam banglo, cuma atas air je dan setiap satu rumah dihubungkan dengan titi konkrit.

Dari Kampung Patau-Patau 2, aku bergerak balik ke Bandar Labuan menggunakan perkhidmatan bas awam bernombor 2. Bas awam kat sini, ialah bas mini. Tambang yang dikenakan hanyalah RM1 seperjalanan.

Dari Bandar Labuan, dengan menggunakan bas mini nombor 6, aku bergerak ke Taman Burung yang terletak di Tanjung Kubong. Tambang yang dikenakan sebanyak RM2.80. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Nak masuk ke Taman Burung ni juga dikenakan bayaran sebanyak RM3 sahaja dan sekali lagi, aku satu-satunya pelancong di situ.

Pintu gerbang taman burung


Burung Merak


Tak pasti spesis apa ni


Burung Kasuawari


Direction

Dari TamanBurung aku ke Kompleks Sejarah Chimney yang terletak bersebelahan dengan Taman Burung. Kompleks Sejarah Chimney merangkumi dua kompenen, iaitu Pusat Informasi dan Menara Chimney. Pusat Informasi juga merangkap sebagai muzium tapak yang mempamerkan sejarah perlombongan arang batu di Tanjung Kubong. Tanjung Kubong merupakan kawasan aktiviti perlombongan arang batu yang pertama di Malaysia sekitar 1847 sehingga 1911. Chimney pula merupakan satu daripada beberapa peninggalan sejarah di Tanjung Kubong dan menjadi mercu tanda Labuan. Uniknya berkenaan Chimney, pakar arkeologi tidak menemui sebarang aktiviti mahupun bukti yang dapat mengaitkan Chimney ni dengan cerobong. Pelikkan. Mesti banyak hantunya... :-)

Replika terowong arang batu.


Chimney


Kalau bukan kerana aku sengsorang, aku da redah ke tempat ni


Explorace pernah sampai sini beb


Lebih kurang tengah hari, aku bergerak balik ke Bandar Labuan dengan menggunakan perkhidmatan bas mini bernombor 6 dan dikenakan kadar bayaran yang sama. Sampai di bandar, apa lagi, shopping ler...

Aku sampai ke hotel penginapan sekitar pukul 1.30pm dengan menggunakan teksi, dengan kadar tambang RM10, itulah pengangkutan awam utama jikalau anda memilih untuk menginap di Tiara Labuan Hotel.

Sebelah petang, dengan ditemani Abang aku dan kawan beliau Sharil (mereka ni pakat memonteng. PPj, sila ambil tindakan tegas keatas mereka. he he he) aku turun ke bandar Labuan lagi. Kali ni dalam misi mencari makanan laut kering dan aku terjumpa kacang pistachio yang dijual dengan harga RM32 sekilo. Sayang sungguh. Aku hanya membeli sekilo sahaja sebab bagasi aku dah terlebih muatan. hu hu hu. Untuk lebih experience, Abang aku mencadangkan kami berjalan kaki. Sampai di Ujana Kewangan kami singgah makan dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan. Sesungguhnya aku terlalu letih ketika itu sebab terlebih berjalan diwaktu siangnya.

Sudah separuh jalan, baru Abang aku mencadangkan kami menaiki teksi. Haru sungguh. Untuk pengetahuan anda yang bercita-cita ke Labuan, tidak ada teksi yang bergerak kosong dari mana-mana arah tanpa penumpang. Kalau hendak menaiki teksi, anda mestilah menaikinya dari stesen teksi yang berdekatan sama ada di depan ferry jetty, pelabuhan, airport dan dibandar Labuan. Hendak tak hendak kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sebab stesen teksi yang berdekatan, jauhnya bersamaan dengan meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan.

Malam tu dengan kepenatannya, aku dapat jua berendam dalam tub mandi. Heaven sungguh...

Monday, June 28, 2010

Susah Sangat Ke?

Aku tangguhkan dulu cerita Cuti-Cuti Labuan atas sebab-sebab tertentu. Tapi ada ke yang nak membacanya? Tujuan aku menceritakan perjalanan aku ke Labuan tu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi sebagai satu panduan kepada mereka yang diluar sana yang suka berjalan tanpa travel agen. Apa yang aku kongsikan disini mudah-mudahan dapat dimanfaati oleh kita bersama.

Hari ni aku tak mahu cerita pasal Labuan tapi aku nak bercerita pasal nilai 1 sen dan pokok bunga. Besar sangatkah nilai 1 sen itu? Memang besar nilainya... Dengan 1 sen, kita boleh menghantar sms ke nombor 8pax yang kita daftarkan (bagi pelangan Celcom sahaja). Dengan 1 sen juga kita boleh bertanya khabar. 10 kali sms, nilainya baru 10sen. Dalam 10 kali sms tu, rasanya boleh complete semua pertanyaan dan pengkhabaran. Besar sangatkah nilainya itu berbanding dengan sms bertanya khabar dan melepas rindu pada orang yang kita sayangi? Lainlah kalau nombor 8pax tu telah dipadamkan dan tiada dalam senarai. Kadar smsnya pun meningkat menjadi 10sen per sms (kalau tak silap aku lah). Kalau dalam situasi itu, memanglah berfikir 3, 4 kali nak hantar sms.

Apalah salahnya menghantar sms, bukan susah sangat. Sekadar menaip ditelefon bimbit sahaja. Sambil berak, sambil kencing, sambil dodoi anak, sambil tengok televisyen, sambil goreng ikan pun boleh buat... Dengan kadar 1 sen sahaja. Tak perlu tumpuan yang terlalu kusyuk. Lainlah kalau nak menghantar sms tu perlukan daya ketahanan mental yang tinggi umpama bermain Sudoku. Nak taip satu sms tu makan hari mahupun tahun. Tapi hanya beberapa saat sahaja...

Kadang-kadang aku berasa pelik. Agaknya inilah lumrah sikap manusia. Bila berhajatkan sesuatu, usahanya berlipat ganda. Lepas dah dapat, tidak mahu dipelihara dan dijaga. Umpama kita menjaga pokok bunga. Bermula dari benih, bukan main dijaga... Tanah digembur sentiasa, Disiram dan dibaja. Lepas berbunga, dan bila bunganya telah dikutip, kita pun dah terlupa pada pokoknya. Layulah pokok bunga tu tanpa jagaan. Jangan nanti suatu hari pokok bunga tu dikebas orang. Baru padan muka.

Benda ni simple jer dalam kehidupan kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bagi aku, aku lebih mudah menerima perkataan TIDAK, GAGAL, TAK MAHU, TAK SUKA, TAK HENDAK, TIDAK BERJAYA, DI TOLAK dari jawapan yang bermuka-muka. Pedih dan sakitnya sekali sahaja. Dari jawapan propa yang kononnya hendak menjaga hati. Tapi kelukaannya berpanjangan. WTF!.

Friday, June 25, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Kedua

Hari kedua aku di Labuan, aku terlewat bangun. Mungkin sebab tak cukup tidur, aku terlajak hingga ke pagi. Sedar-sedar jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30am. Apa lagi, macam lipas kudung aku bangun dan bersiap. Pukul 10.00am aku dah mula merayau-rayau disekitar bandar Labuan. Target aku; 8/10 dari apa yang aku nak cari, mesti diperolehi. Sebab musabab aku berbuat begitu, walaupun aku masih ada baki satu setengah hari lagi di Labuan kerana hotel penginapan Abang aku terletak jauh ke tanjung dan jauh dari bandar Labuan mungkin agak menyukarkan aku berulang-alik dari tempat penginapan ke bandar Labuan.

Aku ni jenis yang cerewet dan memilih. Suka menawar harga sampai tokeh kedai dah tahu nak cakap apa lagi. Kadang-kadang aku suka mengulang dua tiga kali ke kedai yang sama. Jadi aku lebih suka memilih untuk bershoping sendirian. Aku boleh pilih kedai mana yang aku nak masuk.

Bazar Labuan. Macam-macam ada

Dari Bazar Labuan, aku ke Ujana Kewangan. Dari Ujana Kewangan, aku berpatah balik ke bandar Labuan. Singgah ke kedai duty free dan supermarket. Mencari barangan cenderahati dan juga coklat. Sedar tak sedar jam kat tangan aku dah hampir menunjukkan pukul 12.00pm dan aku kena check out dari Hotel Ambassador sebelum pihak hotel mengenakan charge tambahan. Kalau ikut pengiraan aku, aku nak tinggal lagi disini satu malam. Tapi bila difikirkan balik dengan nilai RM89 semalam, aku boleh beli 3 kotak ferrero rocher; 30 biji sekotak dengan harga RM79 jer dan berbaki lagi RM10 yang aku boleh beli coklat cadbury turkish delight dengan harga RM8.80 sepapan, maka aku batalkan hasrat aku untuk bermalam lagi semalam dihotel ini.

Sampai hotel, aku terus lunch lebih kurang. Packing barang dan check out. Lepas cehck out aku masih lagi stay di lobby. Bila aku dapat mesej daripada Abang aku yang beliau dah check in di Tiara Labuan Hotel, aku terus bergerak kesana menggunakan teksi dengan tambang RM12. Aku rasa, kadar tambang teksi yang dikenakan adalah mengikut zon dan sama rata iaitu RM10 kalau dalam lingkungan zon yang ditetapkan dan dikenakan charge RM2 bagi teksi yang kita panggil menggunakan telefon.

Sampai di Tiara Labuan Hotel, aku terpesona dengan decoration dan konsep hotel ini. Memang cantik dan menawan. Mewah dan Elegent. Lepas masuk bilik, aku terus tumbang kepenatan. Dalam keadaan mamai, aku dapat panggilan telefon daripada MPSJ untuk temudaga jawatan Pustakawan... (nanti aku cerita next entry pengalaman temuduga yang sememangnya hampeh)

Bilik hotel yang berkonsepkan chalet


Landskap kolam ikan kap


Laluan ke bilik-bilik hotel


Ruangan bilik yang luas , seluas rumah...

Lepas menerima panggilan, aku dah terkebil-kebil tak boleh nak tidur. Disaat fikiran aku menerawang, Abang aku balik dan mengajak keluar. Shopping lagik. Suka aku. He he he. Kali ni aku pergi bertiga; aku, Abang aku dan kawan Abang aku; Sharil. Mereka ni menghadiri seminar yang dianjurkan oleh NIOSH. Aku ni menumpang sekaki untuk berjalan jer. Abang aku ni ringan mulut sikit. Semua benda ditanya. Lepas tu dia sibuk bercerita disana murah, disini murah. Orang tu cakap, orang ni cakap. Tapi dia tak tahu adiknya ni lagi cekap. Semua kedai aku dah redah. Dalam kepala otak aku, aku dah rancang nak bawa diorang ni kemana-mana dan kemana.

Bangunan besar shopping complex ni, jangan disangka tiada kedai duty free yg lagi murah dari di bandar...

Destinasi pertama Ujana Kewangan. Kenapa aku pilih tempat ni berbanding kedai-kedai duty free yang lain, yang terletak dibandar Labuan macam One Stop Center kat Victoria Point? Disinilah terselitnya satu pasaraya bernama Monegain Sdn Bhd yang menjual coklat Daim dengan harga RM13.50 per 300 gram berbanding kedai-kedai lain yang rata-rata menjualnya dengan harga RM15.50 per 300 gram. Coklat Ferrero Rocher pun boleh dibeli dengan harga RM80 per tiga kotak, yang mana setiap kotak mengandungi 30 biji Ferraro Rocher. Mahal RM1 berbanding satu kedai duty free yang aku terlupa namanya. Coklat Cadbury pun boleh dibeli dengan harga RM8.80 sepapan sahaja disini dengan semua jenis perasa ada. Coklat Golden Boronia Nougat cuma berharga RM88 sekilogram (bukan pergram yer), kebanyakan kedai lain menjual coklat ni dengan kadar kuantiti yang sedikit dan dalam pek yang lebih kecil jumlahnya dan bukan pakai kilo.

Apa lagi. Kelabulah mata diorang ni. Aku sememangnya sudah habis memborong. Cuma aku tambah sikit-sikit sahaja lagi. Coklat Cadbury aku bercadang untuk membelinya disaat akhir. Sebab aku takut cair. Selepas borong coklat, mereka singgah sebentar di gerai yang menjual aksesori wanita. Macam gelang, rantai, cincin, broch (betul ke ejaan aku? Ala, benda yang dipakai kat tudung tu). Aksesori wanita disini kesemuanya berasaskan mutiara dan kristal. Aku yang lelaki ni pun boleh kelabu biji mata, apatah lagi kaum wanita kat luar sana. Kebanyakan mutiara disini tidak diikat dengan emas dan hampir keseluruhannya diikat dengan tangsi, besi dan kalau ada pun hanya suasa. Sebab tu juga harganya agak murah. Paling murah gelang mutiara aku beli berharga RM8 seutas... Sudah semestinya yang original. Ada rahsia bagi mengenal pasti mutiara asli ataupun tiruan... Kalau nak tahu, kena bayar dulu pengeras kat aku :-)

Sebenarnya aku tak berapa suka nak membeli aksesori wanita didalam Ujana Kewangan. Sebab boleh dapat lagi murah di Bazar Labuan. Tapi disebabkan jadual seminar mereka yang tersangatlah pack, Maka aku membiarkan sahaja mereka memborong disitu. Sesungguhnya aku pasti memang diorang takkan sempat nak menjengah Bazar Labuan. Kalau dapat sampai pun mungkin kedai-kedai dah tutup.

Restoran makanan laut

Seterusnya, aku bawa mereka berjalan-jalan dibandar Labuan (da macam tourist guide pulak aku time tu). Kemudian kami singgah di Labuan Deepsea Seafood Centre Restaurant. Setakat ini, disinilah restoran yang aku tahu menjual makanan laut segar berharga murah. Tempat ni terletak bersebelahan dengan Jeti Feri Labuan. Malam tu kami order sotong panggang, udang goreng tepung, udang sata masam manis, kailan ikan masin, nasi putih, sup kosong, air laici, teh o ais limau dan teh ais berjumlah RM77.20 sahaja. Itu pun banyak lagi berbaki dan kami bungkus bawa balik ke hotel. Sotong kali ni lebih besar dari yang aku makan malam sebelumnya. Besar giler. Lebih besar dari lengan aku seekor dan kami ambil 2 ekor dan bila siap dimasak, penuh sepinggan besar. Bukan pinggan hidangan biasa. Tetapi pinggan makan. Sotong dan udang disini berharga RM3 per 100gram. Harga sekali dengan masak dan udang sata berharga RM6.50 per 100gram. Udang sata ni serupa macam lobster cuma dia lebar sedikit dan warnanya lebih gelap. Tiada gambar yang sempat dirakamkan kerana kami kelaparan...

Usai makan, kami bergerak balik ke hotel penginapan menggunakan teksi dengan tambang RM10. Pengangkutan awam utama disini ialah teksi dan juga bas mini. Ketika itu jarum jam sudah menunjukkan melebihi pukul 9.00pm dan suasana dibandar Labuan sunyi sepi... Kebanyakan kedai sudah pun menutup premis perniagaannya.

Thursday, June 24, 2010

Tag Dan Award... Award Dan Tag

Salam semua. Alhamdulillah aku selamat kembali dari Labuan. Nanti aku update cerita aku disana, satu persatu. Pada mulanya aku merancang nak update on the spot. Tapi apakan daya. Line internet tak der. Hari pertama aku menginap di Hotel Ambassador ditengah bandar Labuan. Hotel ini tak der bintang langsung. Tapi perkhidmatan yang disediakan, WiFi, Internet Line, suasana bilik dan sebagainya mengalahkan hotel 5 bintang dan aku rasa berbaloi sangat dengan harga RM89 semalam. Di Hotel Ambassador tu lah kali terakhir aku update dan akses blog. Hari kedua aku berpindah ke hotel penginapan Abang aku di Tiara Labuan Hotel yang terletak agak jauh dari bandar Labuan. Rate hotel 4 bintang tapi... WiFi tak der. DiGi line pun tak der (aku pakai DiGi broadband). Pertama kali dalam sejarah aku gunakan broadband, tak der line DiGi dihotel 4 bintang... Sungguh mengarut! Kalau aku nak juga gunakan WiFi gak, aku terpaksa melangut di lobby hotel. Sungguh kelakar. Hotel yang berkonsepkan chalet dalam taman dengan rate 4 bintang dan satu malam penginapan berharga RM355.74 tak boleh akses WiFI... Apa kejadahnya.

Berbalik pada tajuk entry diatas, hari ni baru aku berpeluang buka blog. Masuk jer, dah kena tag. Aku jawab tag dan terima award dulu. Next entry baru aku sambung cerita Cuti-Cuti Labuan. Saat ini otak aku pun tak berapa nak stabil. Kebanyakan hari aku disana, asyik sakit kepala, mabuk dan loya. Mungkin aku tak berapa tahan dengan udara laut kat sana...

Award Kuat Makan aku dapat daripada Mia Liana sebab aku komen entry beliau pasal kuih jagung. Aku panggil puding jagung. Memang favourite aku tu. Aku tak lah kuat makan sangat. Tapi ada ketikanya aku boleh terasa macam tak cukup makan. Bergantung pada keadaan tertentu. Contohnya bila aku menghadapi tekanan, emosi tak stabil. Kegembiraan juga boleh buat aku terlebih makan.

Seterusnya tag. Aku sebenarnya banyak kali kena tag. Biasanya aku jawab dan kadang-kadang kebiasaannya aku terlupa untuk menjawab langsung. Sebab tu bila aku tengah ingat, aku buat sekarang. Bagi aku, tag atau award adalah pemberian seorang blogger pada blogger yang lain dalam menjalinkan ukhwah persahabatan.

Tag ini pula datang daripada fidiela. Ada 10 soalan yang kena dijawab. Orait..., aku mula menjawab sekarang:-

1. Apa nama blog dan kenapa letak nama itu?
Nama blog aku Corat Coret. Nama tu terlintas spontan ketika aku mula-mula berblogging. Aku rasa sesuai dengan tagline aku; aku menulis apa yang terlintas difikiran. Apa yang aku fikirkan menarik, aku akan tulis kat sini.

2. Apa nama URL blog dan dari mana datangnya idea tu?
syuqsaf.blogspot.com. Gabungan dua pangkal nama. Nama aku dan nama ayah aku. Bunyinya unik sedikit. Idea ni terlintas spontan jer masa aku nak buat blog.

3. Apa method dalam penulisan anda?
Segala jenis method aku pakai. Pemerhatian, kaji selidik, pendapat dan pandangan, questionnaire dan sebagainya. he he he. Dah macam nak buat thesis pula.

4. Pernah terasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
Pernah. Bila terasa diri dikhianati. Makan hari juga aku tak buka blog dan aku hampir menghapuskannya.

5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
Salah seorang followers aku adalah adik aku sendiri. He he he. Abang aku dan Uchu aku juga pernah baca dan komen dalam blog aku ni.

6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
Sedihlah... Tapi kita bukannya dapat puaskan hati semua orang. Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. Aku terima kritikan dengan hati yang terbuka.

7. Bila blog anda diberanakkan?
Blog aku selamat dilahirkan tanggal 13 Februari 2009 tepat jam 10:47am dengan entry pertama berjudul Finally. Usianya sekarang menjangkau 1 tahun 4 bulan 11 hari dan masih terlalu muda untuk dibanggakan. Kalau ikut usia manusia, dalam umur blog aku ni, masih budak kecil lagi yang baru tahu bertatih...

8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
Aku tak berapa pasti. Tapi rasanya kaum kerabat aku dan juga teman-teman rapat aku.

9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda disekolah?
Femes ke blog aku sehingga nak jadi isu disekolah? he he he. BTW, aku tidak berblog masa bersekolah dulu...

10. Sepuluh orang seterusnya bakal di tag
aku rasa sampai disini sahaja kot. Tak semua orang suka ditag... Tapi aku suka. he he he.

Oraiit. Rasanya sudah terjawab semua hutang award dan tag. Tima kasih kepada pemberi award dan juga pengetag...

Sunday, June 20, 2010

Cuti-Cuti Labuan: Hari Pertama

Lebih kurang Pukul 10.15am aku dah selamat mendarat di bumi Labuan. Mabuk. Itu yang aku dapat gambarkan. Banyak tempat dah aku pergi. Pernah naik flight sampai lapan jam kebumi Anbiya', tapi tiada apa yang berlaku. Kali ni aku mabuk sampai loya, nak muntah, pening dan sebagainya. Aku memang tak sabar nak check in hotel dan berehat.

Sampai ke Hotel Ambassador, rupanya aku tersalah hotel. Hotel Ambassador ada dua tempat rupanya. Yang aku tempah tu kat Jalan Mawar. Mengamuk sat aku kat situ. Mula-mula sampai, receptionist tu kata inilah hotelnya. Pakcik teksi tu siap tunggu aku nak pastikan yang aku ke hotel yang betul. Tapi bila disemak balik, nama aku takde dan ada kat Hotel Ambassdor Jalan Mawar. Pakcik teksi tu pula dah gerak jalan. Apa kes? Nasib baik ada satu receptionist ni bertindak pantas meminta pemandu hotel datang mengambil aku.

Hotel Ambassador ni hotel budget. RM89 satu malam dan terletak betul-betul ditengah bandar Labuan. Tapi tak nampak macam hotel budget, macam hotel 3 bintang. Series aku cakap. Ada peti sejuk, ada aircond. Dan yang pasti bukan tempat tumpuan pelacur. he he he.

Sampai kebilik, aku da flat. Rasa macam nak tumbang. Tapi semangat berjimba aku terlalu kuat. Lepas rehat sekejap, aku merewang. Mencari tempat shoping dan tempat-tempat menarik. kat sini, ada Bazaar Labuan. disinilah tempat nak shoping barangan cenderahati. Mutiara, dijual macam jual manik jer. Murah giler! Tapi kena pandai pilih. Kedai bebas cukai, bersepah-sepah kat sini. Harga lebih kurang sama jer antara satu kedai dengan kedai yang lain. Sama macam kat Langkawi gak. Satu jer, perfumes agak mahal kat sini. Minuman berakohol pula, dijual macam jual gula. Merata-rata ada.

Lepas survey dan shoping lebih kurang, aku meneruskan perjalanan meredah bandar Labuan. Lebih kurang dalam pukul 2pm aku balik kehotel. Kali ini aku betul-betul kepenatan dan kesakitan kepala. Lepas solat Zohor, aku terus layan tidur.

Lebih kurang dalam pukul 6.30pm, aku tersedar. Itu pun Abang aku telefon bertanyakan keadaan aku dan suasana di Labuan. Selepas mandi dan bersolat, aku mencari kedai makanan laut. Aku order nasi putih, teh ais, air kosong, sup kosong, sotong dan udang bakar. Sotong aku ambil dua ekor. Lebih kurang sebesar lengan aku! Memang besar bagak! Dan udang pula aku ambil lebih kurang enam ekor, sebesar ibujari aku seekor. Harga semua lebih kurang RM24.90. Bagi aku dah murah. Sotong 100g cuma RM3 sahaja. Aku memang kemaruk makan sotong. Aku mengambil masa juga nak meratah sotong dengan udang ni.

Lepas makan, aku sambung shoping lagi. Di ingatkan bagi mereka yang memasang niat berkunjung ke Labuan, kebanyakan kedai menutup pintunya tepat pukul 7.00pm. Pukul 8.30pm tu da sunyi sepi. Hanya tinggal beberapa kedai duty free yang jenis high class dan supermarket yang membuka perniagaannya sehingga pukul 9.00pm.

Silalah layan gambar-gambar dibawah untuk hari ni yang aku sempat snap beberapa keping

bilik air hotel aku


meja yang tersedia minuman segera. dibawah televisyen tu peti sejuk


Katil. Double yer. Bukan single. Rasanya berbaloi dengan RM89 semalam


Sotong dan Udang bakar


pantai Labuan.


Salah satu pengangkutan awam yang terdapat di Labuan


Kat Labuan pun ada Giant ngn Parkson :-)


Aiyarrrkkk! Tetiba aku terjumpa ini...

Cuti-Cuti Labuan: LCCT

Tanpa tidur, aku terus bergerak ke LCCT. Dijangka berlepas pada pukul 7.50am. Sudah pasti sangat AirAsia punya service. Mesti delayed beberapa minit. Kadang-kadang makan jam juga. Tapi kerana takut ketinggalan kapal terbang, gigih aku datang awal. Siap call teksi ambil dari vista ke LCCT. Terlebih budget pula naik teksi. Abang teksi tu bawa, macam kura-kura.

Sampai ke LCCT, aku kelaparan pula. Mencari tempat makan, satu hal lagi. Tadi masa masuk ke LCCT aku ada terpandang Old Town White Coffee. Masyuk gak kalau dapat pekena kopi dengan roti bakar sambil menunggu nak check in. Ada WiFi lagi bagus. Dapat berblogging sebentar:-)

Alangkah hampanya hati, bila Old Town White Coffee kepenuhan orang sampai terpaksa beratur untuk mendapat tempat makan. Tanpa berfikir panjang aku ke Starbuks. Sebelah jer dengan Old Town White Coffee. Aku malas dah nak berjalan jauh-jauh. Tanpa melihat harga terlebih dahulu, aku order. Mushroom Melt Sandwich dan Hot Chocolate. Jumlah semua sekali RM 26.50. Makkk aaaiiikks. Lari lagi budget aku. Dua potong sandwich yang pakai roti keras berharga RM15.50... Rasa dia....? Sedap lagi aku sapu mentega. Apa hal la mahal sangat... Pada hal isinya cuma mushroom, cheese ngn mayonese jer.

Lepas ni aku makan roti kering jer la selama tiga hari nanti. Nak cover balik RM26.50 tu. Dengan harga sebegitu, aku boleh makan meehon sup daging lebih kat makcik gerai yang jual kat Vista tu selama seminggu. hu hu hu. Tak per Syuq. ini pengalaman. Lain kali bawak milo siap dari rumah, lepas tu order air suam jer.

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa

Berblogging sambil menonton. Itulah hobi aku sekarang ini. Menulis sambil menonton cerita yang aku tak tahu tajuknya. Tapi jalan ceritanya mengisahkan dua orang remaja perempuan yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka bersama dengan bapanya selepas kematian ibu mereka.

Tersentuh hati melihat mereka masing-masing cuba menyesuaikan diri. Walaupun hakikatnya sukar dilaksanakan. Bapa mereka cuba menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan sebaik mungkin, dan anak mereka cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan bapa mereka diladang sebagai seorang cowboy yang selama ini mereka tidak pernah mengimpikan kehidupan sebegitu.

Selain Ibu, Bapa juga memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak. Mereka juga berkorban untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Walaupun ada yang tidak pernah berpeluang berbuat begitu, tetapi mereka mencuba.

Sekilas aku teringat Ayahku. Pengorbanan beliau memberikan yang terbaik untuk keluarga, tanpa ada rasa jemu. Disaat Ayahku ditimpa musibah, kami seperti kehilangan semangat. Tapi beliau bertindak meniupkan api semangat untuk berjuang walaupun beliau sendiri dalam kesakitan. Kami bangkit bersama-sama. Membantu dan cuba memberikan yang terbaik seperti mana beliau memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Dalam masa tidak sampai sebulan, ayahku boleh bergerak dan memandu. Syukur.

Masih teringat detik itu... Ketika Ayahku hilang keupayaan, kadang-kadang aku mengambil alih tugas Ibuku yang sibuk didapur. Memandikan beliau, menemani beliau membuang air, memakaikan baju, membantu beliau solat... Aku pernah berjanji, walau apa cara sekalipun, dengan keadaan mana sekalipun tidak sesekali air mata aku titiskan melihat kepayahan beliau menguruskan diri sendiri. Tapi kadangkala air mataku tertumpah jua...

Alhamdulillah masa berlalu, seiring dengan peredaran masa dan sokongan keluarga, Ayahku bangkit semula... Walaupun tidak sekuat dulu, tapi beliau mampu menguruskan diri malah mampu menguruskan kami sekeluarga kembali.

Terima kasih Ayah. Tidak ada ungkapan yang mampu dilafaz... hanya ucapan Selamat Hari Bapa yang bakal menjelang...

Friday, June 18, 2010

Jom Jalan-Jalan!

Tinggal sehari lagi. Rasa tak sabar dan gemuruh. Semua bercampur. Aku belum pernah travel backpack seorang diri. Biasanya mesti berdua atau beramai-ramai. Kalau naik flight dulu-duluan, kat sana mesti dah ada orang yang tunggu. Beza flight pun dalam masa satu jam macam tu sahaja. Tak pun pergi saing sekali. Kali ini kena jalan duluan, stay sengsorang semalam. Takper lah... Masih kat Malaysia lagi.

Dah lama aku tak buat kerja gila macam ni. Kali terakhir dua tahun lepas. Destinasi; Kuching, Sarawak dan Langkawi. Kali ni Labuan jadi pilihan. Kenapa Labuan? Jangan ditanya. Susah nak dapat jalan-jalan pakej percuma ni. he he he

Sebenarnya, abang aku yang sorang tu ada kursus di Labuan. Kebetulan Kakak aku tak dapat ikut sebab Dania baru berumur 9 bulan. Kebiasaannya sama ada Kakak aku atau aku yang ikut pergi. Dulu masa zaman belajar, keraplah juga. Tapi bila sudah bekerja ni, terasa malas pula. Tapi bila disebut Labuan dan Kakak aku pula tak dapat ikut, aku apa lagi. Muah ha ha. Pakej jalan-jalan percuma!. Hotel 3 bintang ngn makan dan minum sekali! Takkan nak tolak kot. Tinggal sediakan duit belanja dan tiket flight jer. Hotel penginapan, tumpang abang aku jer. Jadi, aku cubalah nasib minta cuti. Memang rezeki aku, cuti aku diluluskan. Senyum sampai ketelinga...

Bila dah beli tiket flight, masalah lain pula timbul. Abang aku yang dijangka saing dengan aku sekali, rupanya bertolak lewat sehari. Punyalah risau dan gelabahnya beliau, serupa macam Ayah aku. Kalut memikirkan macam mana dan dimana aku nak tinggal sebab aku tak boleh check in hotel tanpa beliau. Salah satu ayat yang beliau sebut yang aku tak boleh lupa; "takkanlah kamu nak tidur kat masjid, zaki...?". ha ha ha. Gelak guling-guling aku. Nasib aku pantas bertindak ketika itu, hari tu juga aku dapat tempah hotel budget untuk semalam sebagai tempat untuk transit menunggu kedatangan beliau. Itu pun masih menjadi kerisauan beliau lagi, risau dan takut hotel budget yang aku tempah tu tempat tumpuan pelacur. Ha ha ha. Bila aku terangkan hotel budget yang aku pilih ni tersenarai dalam Perbadanan Labuan dan termasuk sekali ngan Sheraton Hotel, barulah Abang aku ni lega mendengarnya.

Ada ke sesiapa yang sudah pergi kesana? Ceritalah sedikit apa tempat menarik disana?

Thursday, June 17, 2010

Air ke Ais?

Cerita kali ni berkaitan dengan tidak kepuasan hati aku. Kalau korang semua tak suka membacanya, abaikan sahaja ataupun korang pergi keatas, kesudut sebelah kanan sekali, kemudian klik butang pangkah. Tapi sebelum tu, korang klik la dulu iklan-iklan disudut sebelah kanan tu. Dibahagian Advertisement. Bagi naik nuffnang dan YouthSays aku :-)

Begini, sudah dua hari aku membeli makanan di kafe kolej tempat aku bekerja. Semenjak dua tiga hari ni aku malas sedikit nak makan kat luar. Jadi tengah hari tadi, aku tapau makanan; nasi campur dan aku order nescafe ais bungkus. Sekali dihantarnya nescafe ais dalam gelas. Mahu tak berangin aku. Mamat Bangla kat kaunter tu pulak buat-buat lambat. Aku tak pasti sama ada dia mengira atau mengeja.

Selesai bayar, aku masuk balik ke library. Makan kat pantry dan bila aku sedut air nescafe tu, rasanya seperti teh o ais limau pula. Pelik rasanya. Kalau korang nak rasa, korang campurkan teh o ais limau dengan nescafe ais. Itulah rasa yang aku rasa.

Lagi satu pula yang paling best, air nescafe yang dibancuh tu, sedikit sahaja. lebih kurang suku gelas dan selebihnya ais. Bila dibungkus dalam plastik, macam air yang dimasukkan batu rupanya .Bila aku sedut lebih sket, air tu kurang dan ais tu timbul. Ais tu pula tak mahu cair-cair sebab air tu dah tak panas lagi. Haru sungguh. Kenapalah diorang ni berniaga sebegitu rupa? Jual air ke jual ais?

Ciss... Lainkali lepas ni aku order ais nescafe bukan lagi nescafe ais... sebab dorang jual ais bukannya air

Salah Sendiri

terpejam... tercelik... ku pejamkan lagi mata, lalu ku bawa fikiran menerawang jauh. Cuba mencapai garisan bawah sedar disebalik medula oblongataku supaya aku boleh terlelap. Gagal. Ini lah penangan tidur diambang maghrib. Bangun, wat entry baru :-)

Sesungguhnya selepas pulang dari tempat kerja, mataku bagai digam. Terlalu mengantuk. Usai solat Maghrib, aku terus terlelap. Tak tersedar. Bila terjaga, keadaan hinggar bingar dengan bunyi televisyen terpasang diruang tamu dan diselangi dengan jeritan-jeritan kegembiraan di blok tempat ku tinggal. Aku terjaga. Rupanya aku belum lagi mandi. Bingkas bangkit dan bukan tuala yang ku capai. Tapi Aceriena dan Whitey. Apa lagi kalau bukan FB dan blogging...

Sekarang mood blogging aku terlalu rancak. Ada sahaja perkara yang aku mahu coretkan. Pantang ada masa terluang... Sesudah puas menjelajah dan meningkatkan pendapatan, aku mandi, solat dan bersedia untuk makan. (makan malam yang sengaja dilewatkan. patutlah badan aku semakin comel kebelakangan ini).

Dan saat ini, aku masih lagi cuba mencari momentum untuk melabuhkan tirai mataku kealam mimpi. Kalau esok aku shift petang, alangkah bahagia boleh tidur sehingga matahari terpacak kekepala.... Memang salah sendiri. Tidur belum tiba masanya. Tapi jika tiada gangguan yang boleh membangkitkan aku, sudah pasti aku akan tertidur sampai ke pagi...

Wednesday, June 16, 2010

Berakhir Sudah

Perghhh... Aku menyapu peluh didahi. Dua hari di KD (Kota Damansara) akhirnya berakhir jua. Banyak pengalaman yang kutimba. Banyak peristiwa suka dan duka dapat dikutip sepanjang dua hari disana. Antara yang tidak dapat aku lupakan; menerima panggilan yang tidak sepatutnya, mesin potostat rosak, printer kehabisan ink dan ada lagi beberapa kejadian.

"Menjaga sekandang lembu, lebih mudah dari menjaga anak gadis seorang..." Aku setuju dengan bidalan orang tua-tua zaman dulu. Sesungguhnya kesabaran aku cukup diuji disana. Majoriti pelajar disana adalah perempuan... Sebagai contoh; bila aku berdiri menyuruh mereka diam, mereka akan diam. Tetapi bila aku terus duduk, automatik mereka membuat bising semula. berbual dalam intonasi suara yang kuat. Bila aku bangun dan belum sempat aku membuka mulut, suasana terus bertukar menjadi senyap sunyi... Mereka juga lebih Advanced berbanding pelajar-pelajar foreigner di kampus utama.

Perjalanan pergi dan pulang juga mengambil masa yang agak panjang. Hari terakhir aku disana, dari Kota Damansara ke Asia Jaya mengambil masa 1 jam 45 minit. Kalau aku menyambung perjalanan sehingga Vista, sudah pasti ia mengambil masa lagi selama 30 minit disebabkan kesesakan lalulintas. Tempoh perjalanan yang ku tempuhi, seperti perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub...

Aku juga tidak akan menolak jika suatu hari nanti aku bakal ditempatkan di kampus Kota Damansara. Ada juga sebab-sebab tertentu kenapa aku lebih rela berada disana untuk satu tempoh masa yang panjang atau terus ditempatkan disitu dengan syarat aku tidak perlu mengulang dari Kuala Lumpur ke sana.

YouthSays? Apa Tu?


Mula-mula aku kurang faham apa itu YouthSays. Aku ingat YouthSays macam Nuffnang. Errrk... macam tapi tak serupa. Macam mana tu yer?

1. Melalui YouthSays, korang akan dibayar berdasarkan survey dan poll yang korang jawab.
2. Earning berdasarkan campaign yang korang promote.
3. Korang juga boleh dapat earning dengan menjemput kawan-kawan korang untuk join sekali.

Nampak tak. Berbeza dengan Nuffnang. Kalau korang masih tak faham lagi, sila masuk blog Datin Ellis. Beliau menerangkan secara terperinci bagaimana YouthSays berfungsi.

Tuesday, June 15, 2010

Ivory Cost VS Portugal

10 malam ini... Pasukan pilihan aku beraksi akhirnya. Demam bola melanda jua kat aku. Empat tahun sekali baru kita dapat menyaksikan. bak kata Uncle, kot kot lepas ni termeninggal ke. he he he.

Aku bukan kaki bola. Tapi bila tiba Piala Dunia ni, secara automatik menjadi habit. Nasib baik kat rumah aku ada Astro. Masyuk la sikit.

Selepas perlawanan Afrika Selatan menentang Mexico, aku belum berpeluang lagi menonton mana-mana perlawanan secara langsung dikaca televisyen. Sibuk dan kepenatan.

Harap-harap hari ini fisiologi aku stabil. Balik rumah karang, kena sediakan Alicafe tongkat ali bagi cerahkan biji mata. Lepas tu kena minum susu bagi mendapatkan tidur yang nyenyak walaupun sekejap...

Adik, jangan lupa temujanji kita malam ni. he he he

Panggilan Telefon Yang Menjengkelkan

Seawal pagi aku bangun menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Kemudian bersarapan pagi kuih apam balik semalam yang hanya tinggal seketul. Ketika aku bersiap untuk mandi, aku dikejutkan dengan bunyi sms masuk. Siapa pula pepagi buta menghantar sms. Beberapa tahun kebelakangan ini, aku sudah terbiasa tidak menerima sms dan panggilan seawal pagi. Jadi pagi ini ia suatu kejutan. Otak aku ligat berfikir; yang telintas difikiran aku cuma berita yang tidak baik sahaja. Jari aku pantas menekan butang telefon, lantas sms ku baca...

'Askum... Apa kabo? Leh kenal?'

Siapa pula yang nak berkenalan dengan aku pepagi buta ni? pantas aku balas:

'W,slm. Siapa ni'

Tanpa menunggu balasan seterusnya, aku pun gerak ke bilik mandi. Usai mandi dan saat aku tengah bersiap memakai pakaian dan sebagainya, deringan sms berbunyi lagi.

'Abg *****. Kawan ain...' Kali ini smsnya berbunyi begitu.

Ya Allah, siapa pula Si Ain ni. Ain yang aku kenal ialah adik sepupu aku yang berusia sembilan tahun. Takkanlah... Mungkin orang ni tersalah nombor. Aku tersenyum. Aku yakin mesti ada orang nak kenakan dia. Sejak kebelakangan ini, terlalu kerap aku menerima panggilan yang salah. Pelik betul. Macam mana boleh berlaku? Sedangkan nombor yang aku beli, nombor baru yang belum pernah dimiliki oleh sesiapa sebelum ni. Aku balas sms tersebut.

'Kamu ni salah nombor. aku ni lelaki...'

Tidak lama kemudian aku menerima panggilan masuk. Tanpa melihat butiran pemanggil, aku menjawab panggilan tersebut.

"Hello, selamat pagi maaf ganggu. Boleh kenal?". Terkejut beruk aku mendengar suara lelaki garau dihujung talian. Adoi... Bala lain pulak datang...

"Siapa ni?" Aku menjawab keras.
"Abg *****. Kawan Ain." Suara dihujung talian menjawab. Mamat ni lagi. Apa pula dia nak.
"Aku rasa ko salah nombor la beb. Aku ni lelaki. Maybe member ko nak kenakan ko agaknya" Jawab aku.
"Saya memang nak berkenalan dengan kamu..." Dah sudah. Haru. Lelaki nak berkenalan lelaki.
"Maaflah sedara. Aku langsung tak berminat. Sedara mungkin salah orang kot." Aku menjawab dengan bulu roma meremang...

Hari ini hari kedua aku di KD. Perjalanan memakan masa 1jam dari tempat tinggal ku menuju ke KD, sentiasa dihujani dengan SMS yang tidak sepatutnya dari Abg*****. Terasa ingin membuat laporan polis sahaja.

Beberapa hari yang lepas berlaku juga peristiwa yang tidak sepatutnya. Aku yang berasa sudah terlewat ke tempat kerja terpaksa menggunakan bilik air yang satu lagi untuk mandi. Bilik air yang aku selalu guna, tengah digunakan. Dalam kesibukan aku mandi dan hampir selesai mandi baru aku terperasan, ada rekahan disebalik dinding pintu bilik air yang aku gunakan. Dan disebalik rekahan itu, aku terpandang kelibat manusia.

Beberapa tahun lepas, aku mengalami juga peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku. Diraba kawan sendiri dalam keenakan dibuai mimpi. Salah satu sebab aku berpindah kerumah baru juga disebabkan masalah-masalah yang tak sepatutnya, yang lebih kurang seperti peristiwa-peristiwa diatas.

Kenapa benda-benda macam ni sentiasa mengekori aku kemana sahaja aku pergi? Aku bukannya seorang yang berketrampilan menarik. Muka aku sahaja pun penuh dengan bekas-bekas jerawat. Dengan perut boroi macam wanita hamil 3 bulan... Macam mana boleh menarik perhatian manusia seperti itu? Musykil...

Aku tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja. Malahan ada yang pernah menjadi kawan baik aku. Asalkan jangan mengganggu kehidupanku dan jangan cuba mengambil kesempatan keatasku. Dengan maksud lain; jangan cuba 'nak cuba-cuba' dengan aku...

Monday, June 14, 2010

Di KD

Saat aku diberitahu oleh Fizah, bahawa Pn. Yana memerlukan seorang pengganti beliau semasa beliau bercuti hari ini dan esok aku, terus menyetujuinya. Aku ingin melihat sendiri suasana cawangan kolej tempat aku bertugas. Aku ditempatkan di kampus utama di PJ (Petaling Jaya). Manakala kampus cawangan terletak di KD (bukan Kris Dayanti, tetapi Kota Damansara). Sebenarnya, dari dulu lagi aku begitu teruja untuk ke KD.

Perjalanan dari Vista ke mari memakan masa 1 jam (itu pun kalau keadaan traffic lancar). Aku pengguna tegar kenderaan awam. Jadi seawal pagi aku sudah keluar rumah bagi mengelakan sebarang kemungkinan di jalanan. Alhamdulillah perjalanan aku lancar. Aku tiba lebih awal dari yang dijangkan. Itu pun aku merasakan bahawa aku telah terlambat.

Suasana disini lebih kurang sama dengan di kampus utama. Cuma ada beberapa perbezaan seperti penggunaan mesin percetakaan yang tidak memerlukan kad, tidak ada warga asing yang belajar disini, masa kerja yang lebih singkat dengan rehat waktu lunch hour (aku suka. he he he) dan lebih ramai kaum wanita dari lelaki :-) (ini aku lagi suka). Kenapa lebih ramai wanita? Sebab disini merupakan cawangan untuk pelajar kejururawatan

Ada juga beberapa kelemahan disini yang perlu dipertingkatkan. terutama dari segi koleksi bahan bacaan dan juga perabut yang terdiri dari meja belajar dan sebagainya. Insyaallah aku akan usahakan yang terbaik bersama-sama dengan Pn. Yana.

Aku berharap dua hari aku disini, segalanya dipermudahkan. Walaupun dua hari sahaja, macam-macam boleh terjadi...

Sunday, June 13, 2010

Rumah Lama, Rumah Baru

Semalam aku terlalu malas untuk pergi bekerja. Walaupun separuh hari, tapi tiada semangat untuk bangkit dari tilam. Dikala aku menyambung semula mimpi-mimpi nan indah, aku dikejutkan dengan bunyi bising seakan-akan bunyi enjin motosikal ataupun seakan-akan bunyi enjin bot laju. Aku bingkas bangun dan mengandaikan bahawa forging telah dilaksanakan dikediaman aku. Aku cukup tak suka bila ada forging. Bau asapnya kalau melekat ke baju mengambil masa yang agak lama untuk hilang. Berfikir sejanak... Aku perlu bersiap ketempat kerja. Mungkin kerana penangan bola malam kelmarin, menyukarkan aku untuk membuka mata.

Bila bercerita pasal forging, aku langsung tak mengerti kenapa DBKL melaksanakan forging sekitar pukul 8.00am-9.00am? Apa ironisnya? Mungkin ketika itu nyamuk baru balik kesarang kot... Sebelum aku sempat keluar dari rumah, asap forging telah menyerbu masuk kerumah melalui bilik aku yang terbuka tingkapnya. Aku terkejut apabila selesai mandi dan nak bersiap ke tempat kerja, bilikku sudah dipenuhi asap... Geram dan cuba mengawal emosi sebaik mungkin. Aku bersiap sepantas yang boleh lalu keluar rumah.

Sampai di opis, aku menyiapkan kerja terlebih dahulu. Selepas tu, seperti kebiasan mengupdate blog kesayangan. Semenjak dua menjak ni aku semakin aktif berblog. Mungkin aku sudah mendapat momentum dalam berkarya. Mungkin juga aku terlalu teruja melihat nuffnang aku semakin hari semakin meningkat naik jumlahnya.

Entah Macam mana, tiba-tiba terlintas diminda aku untuk menukar corat-coret dengan wajah yang baru. Mula-mulanya aku takut juga. Setiap kali aku menukar template, setiap kali tu jugalah aku kena setting balik blog ni dari mula... Rupanya, telahanku tepat belaka. Kalau setakat widget di side bar, aku boleh perbetulkan lagi. ini nuffnang. huaaaaaa!

Dalam masa yang singkat aku cuba memasang balik kod nuffnang aku. Dari satu blog ke satu blog aku terjah mencari tutorial memasang nuffnang. Seingat aku dulu, ada satu blog yang aku ikut arahannya dalam pemasangan nuffnang. Memang berhasil. Jadi aku try recall balik semua memori aku. Kodek balik segala blog tutorial yang aku ikut. Akhirnya aku masuk ke blog ini. Mari Bina Blog. Walaupun arahan yang diberikan untuk memasang nuffnang pada setiap post sahaja, tapi dengan panduan ini aku berjaya meletakkan kesemua tempat untuk nuffnang dalam masa yang singkat. Terima kasih En. Nescafe Ais.

'Rumah' lama


'Rumah' yang baru

Pastinya aku akan merindui rumah lama aku. Aku tak ingat berapa banyak kali aku menukar template untuk blog. Tapi yang paling lama bertahan ada satu template sebelum template yang berwarna putih tu.

Tak kiralah, rumah yang macam mana dan rupa template yang bagaimana. Tapi yang penting, kita menikmati setiap detik kita berblogging...

Saturday, June 12, 2010

Konfrontasi Antara Serigala Jadian Dan Pontianak

Saat aku dihulurkan dengan buku New Moon dalam bentuk naskah bahasa melayu oleh adikku, aku langsung tidak teruja untuk membacanya. Twilight Saga bukanlah satu pilihan buat aku. Sama ada dalam versi buku mahupun filem. Jadi aku menolak mentah-mentah karya Stephenie Meyer itu yang aku kelaskan sebagai sebuah kisah remaja ala fairy tales. walaupun hakikatnya novel beliau tersenarai dalam senarai buku terlaris New York Times. Begitu cepat aku menghukum sesebuah karya orang lain tanpa aku membacanya dahulu. Maafkan aku. Bukan niat aku begitu. Tetapi itu sudah menjadi lumrah manusia dan aku pun tidak terkecuali.

Suatu hari, ketika aku berkunjung kerumah adikku, untuk menziarahi kedua orang tuaku dan disaat aku menyelongkar bilik adikku untuk mencari bahan bacaan yang boleh aku baca, mataku tertancap pada buku yang bertajuk New Moon. Buku yang pernah nak dipinjamkannya kepada aku dahulu... Spontan aku mengambil buku tersebut dan ku sumbat masuk kedalam beg untuk dibawa pulang kerumah sewaanku di Kuala Lumpur.

Sampai di vista, aku meletakkan buku tersebut bersama-sama dengan novel dan buku aku yang lain. Selama beberapa hari, aku biarkan novel itu disitu sehinggalah satu hari disaat aku ingin membuang air besar, aku mencapai New Moon tanpa berfikir panjang. (aku mempunyai tabiat suka membaca didalam toilet ketika membuang air besar... he he he)

Dari satu muka surat, ke satu muka surat aku baca. Terlalu asyik sehingga aku terlupa yang aku sudah selesai membuang :-)

Pembacaanku, aku sambung semula didalam bilik. Aku teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Aku tak terfikir langsung, bagaimana dalam banyak-banyak novel dan buku kat rak yang belum aku baca lagi, aku menarik keluar New Moon dari celah-celah buku yang tersusun rapi.

Aku mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menghabiskannya. Bukan kerana aku mengeja dahulu sebelum membaca. Tetapi kerana aku terlalu menghayati setiap jalan cerita, setiap plot dan juga klimaksnya. Aku meletakkan diri aku didalam penceritaan tersebut. Aku dapat membayangkan suasana persekitarannya dan aku juga dapat merasai serta menjiwai emosi setiap wataknya dikala bersedih mahupun bergembira... Seolah-olah setiap watak itu hidup dan beraksi di minda aku. Begitulah setiap kali aku membaca novel mahupun buku dan kerana itu aku megambil masa yang agak lama untuk menghabiskan sesuatu karya dan kerana itu juga aku terlalu memilih dalam hal yang berkaitan pembelian buku dan novel yang kebiasaannya bergantung kepada penulisnya.

Berbalik kepada Twilight Saga: New Moon, aku sudah melampaui tahap keterujaan bagi menanti sambungan yang seterusnya. Aku ingin menonton bahagian ketiga ;Eclipse dalam versi filem. Aku tidak sabar untuk mengetahui apakah kesudahannya konfrontasi dantara serigala jadian dan pontianak yang mempunyai matlamat yang sama dalam usaha untuk melindungi watak utama; Isabella Swan.

Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku memborong semua siri novel Twilight Saga. Aku ambil cuti seminggu dan berkurung didalam biliku dan aku membaca kesemuanya untuk mengetahui kesudahan cerita ini sampai otakku bengong. Tapi... rasa tak mencabar pula.

Tak mengapa, aku lebih teringin untuk menyaksikan versi filemnya. Walaupun penantian itu suatu penyeksaan tapi mungkin akan menjadi kepuasan yang maksima apabila kita dapat mengetahui kesudahannya dihujung penantian itu.

Buat masa sekarang, aku layan dahulu versi filemnya yang lepas; Twilight dan New Moon. Walupun sudah dikategorikan terlambat berbanding dengan korang semua yang sudah menyaksikannya; berbaloilah juga sambil menanti Eclipse memasuki pasaran Malaysia.

sebelum itu, kita layan dulu trailer dari filem Eclipse. Bagi menambah keterujaan aku dan korang semua yang sama-sama meminati siri ini.



p/s: erkkk... agak-agak korang la, ada tak serigala jadian versi perempuan? adakah dia juga spesis Jacob and the geng yang suka tidak berbaju? he he he...

Friday, June 11, 2010

Playhouse Disney Encyclopedia

beberapa hari lepas, library aku ada dikunjungi oleh dua orang jurujual. aku pun kurang pasti bagaimana jurujual tu boleh masuk ke bangunan kolej. mula-mula jurujual tu bersembang dengan fizah. sedikit sebanyak aku dapat menangkap perbualan mereka. dia nak berjumpa dengan head of library. lantas fizah memanggil aku. mula-mula aku ingat supplier. aku cukup malas nak bersembang dengan supplier berkenaan pembelian buku-buku. ada sesetengahnya seperti memaksa untuk kita membeli buku mereka ataupun melakukan urusniaga dengan mereka. seboleh mungkin aku akan cuba mengelak dari berurusan dengan supplier yang sebegini. bukan aku sombong. tapi masalah dibelakang hari yang akan membebankan

bila jurujual tu mengeluarkan sebuah buku dari pengamatan aku dan sekeping kertas iklan, aku sudah dapat mengagak yang dia adalah jurujual. baru aku dapat menangkap, bagaimana jurujual ni boleh masuk ke bangunan kolej sampai ke library. ini mesti kerja betty. bila disuakan buku jer, mesti dihalakannya ke library.

jurujual itu menawarkan encyclopedia; playhouse disney encylopedia. dia memberi cadangan supaya library aku membelinya. ha ha ha. dia ingat nak beli buku kat tempat kerja aku ni, macam semudah mengorder teh tarik kat mamak kot... "mamak... teh tarik wenneeek!!!"... "wokehhhhh, siap bos..." dia ingat macam tu kot. banyak procuder yang wajib dipenuhi. mula-mula kena buat quotation, lepas tu comparison table, kena keluarkan invoice dan sebagainya. kalau dia sanggup menunggu, aku tak kisah. tapi hakikatnya seorang jurujual; hari ni bagi barang, hari ini mesti mahu dapat duit.

maka kerana tidak mahu menghampakan dia, aku pon bersetuju untuk membeli encyclopedia tu sebagai pembelian peribadi. begitu juga dengan fizah. nak tengok tak bagaimana rupa encyclopedia tu?


|
|
V


|
|
V

|
|
V


|
|
V


|
|
V

amacam??? cantik tak? korang rasa adakah encyclopedia ini dapat membantu students MBA disini? adakah encyclopedia ini juga bakal diluluskan pembeliannya sebagai koleksi library aku? he he he

dan kerana kecantikan dan kecomelannya maka aku membeli satu dengan harga 29.90. aku tak tahu nak mengandaikan sama ada murah ataupun tidak. tetapi ia terlalu cantik dan comel untuk tidak dibeli. he he he.

masalahnya, bila aku sudah memiliki encylopedia ini, baru aku teringat, siapakah yang akan menggunakannya?. encyclopedia ini sesuai untuk kanak-kanak. dan yang pasti aku tidak mempunyai anak dan adik kecil dirumah...

Thursday, June 10, 2010

Belajar Menghormati Orang Lain

image ehsan aunty google


pernah tak korang alami bila korang tengah seronok melayan cerita di televisyen, tiba-tiba dengan selamba seorang kawan korang datang, mengambil alat kawalan jauh dan menukar saluran siaran. apa perasaan korang ketika itu? selamba jer? gembira? marah? sakit hati? tak der perasaan apa-apa?...

aku tak kisah kalau televisyen itu dia yang punya, astro tu dia sendiri yang bayar tiap-tiap bulan. tapi masalahnya, maintenance televisyen tu, sama-sama bayar. begitu juga dengan siaran astro. sama-sama bayar. kami satu rumah kongsi membayarnya.

bukan setakat naik angin, aku rasa macam naik hantu pun ada dengan perangai kawan aku yang sorang ni. langsung tak menghormati orang lain. adakah dia tak perasan ataupun buat-buat tak perasan bila dia duduk menghadap televisyen, semua kawan-kawan yang lain menghilangkan diri. ada seorang kawan serumah aku ni pernah meluahkan perasaan kat aku. betapa dia cukup geram dan menyampah dengan perangi kawan kami yang seorang ini yang suka menukar saluran televisyen sesuka hati tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang menonton sama. apakah jenis manusia sebegitu?

memang nampak benda ni masalah kecil sahaja. tetapi cuba korang letak situasi kami ini dalam situasi korang... baru korang rasa apa yang kami rasa.

ada satu hari. aku sedang menonton siaran Oprah yang membicarakan isu penggunaan telefon bimbit semasa memandu. topik yang cukup menarik bagi aku. dan saat-saat terakhir dalam membicarakan isu tersebut dan Oprah sendiri sedang mengulas bagi menutup tirai siarannya, dengan tiba-tiba siaran rancangan bertukar... apakah agaknya yang korang dapat fikirkan perasaan aku ketika itu?

mungkin dari kecil hingga dewasa, aku dididik dan ditanam dengan satu sifat; "tak mengapalah, tak rugi mengalah" membuat aku berdiam diri sahaja. tapi ingat. diamnya aku diam gunung berapi, diamnya sarang tebuang yang tebuannya sedang tidur didalam sarang dan jangan cuba di jolok dan jangan cuba mengeluarkan laharnya. kelak tak diketahui apa yang berlaku.

bila situasi ini terjadi, aku lebih suka mengambil sikap yang lebih selamat (biasanya aku akan mengurung diri didalam bilik sampailah perasaan aku reda kembali) sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku; seperti aku menumbuk muka dia dengan selamba ataupun aku akan mengacukan penumbuk dengan jari hantu aku keluarkan dan disuakan didepan muka dia sambil menghamburkan kata-kata yang paling kesat.

aku sedang memikirkan cara yang paling halus dan lembut sekali untuk menyedarkan dia bahawa cara dia itu menyebabkan kami serumah tidak berapa selesa. kita duduk serumah umpama sebuah keluarga. sakit pening kita, kita yang sama-sama menanggungnya. televisyen adalah hak bersama sebab kita sama-sama membayarnya.

andaikata bila orang lain sudah terlebih dahulu membuka siaran televisyen kesukaannya, hormatilah... dan sama-samalah kita menontonnya walaupun itu bukan siarannya kesukaan kita. tak salahkan kalau kita sama-sama bergembira?

tak rugi kalau kita menghormati orang lain ataupun menghormati perasaan dan keputusan orang lain. bahkan orang akan lebih menyayangi kita dan menghormati perasaan kita.

Tuesday, June 8, 2010

Koc Merah Jambu

pernah naik komuter? pernah dengar pasal koc untuk wanita...? ala, pinky koc yang dikhaskan untuk kaum wanita tu. yang orang heboh dok perkatakan dulu tu... koc ni adalah koc yang berada ditengah-tengah komuter.

aku bukanlah pengguna komuter. seboleh mungkin aku akan cuba mengelakkan untuk menaiki komuter. antara sebab utama aku tak suka menaiki komuter

1. jadual perjalanannya yang terlalu lambat
bukan setakat lambat. kadang-kadang boleh delayed sampai 10-15 minit. jadual perjalanan komuter berselang 30 minit sekali. ditambah dengan time delayed yang memakan masa hampir 10-15 minit tu, komuter bukanlah pilihan bijak untuk aku. aku lebih rela menaiki bas dan teksi.

2. orang yang terlalu ramai.
aku bukanlah jenis manusia yang sukakan suasana yang terlalu sesak. apatah lagi memerlukan daya kekuatan yang tinggi untuk berebut dan menyelit dalam lautan manusia semata-mata untuk menaiki komuter.

3. kedudukan stesennya yang tidak strategik
ini pendapat aku. aku tak akan memilih komuter kalau aku nak ke shah alam. bayangkan dari stesen komuter shah alam aku perlu menaiki satu lagi bas untuk sampai ke pusat bandar. berbanding dengan bas, aku hanya perlu menunggu di depan kawasan perumahan aku dan bas tersebut akan berhenti terus dipusat bandar shah alam. kebanyakan stesen komuter terletak dihujung atau di sempadan daerah perbandaran. macam di shah alam, batu 3, kajang.

itu adalah antara pendapat dan pandangan aku kenapa komuter bukanlah pilihan utama aku sebagai pengangkutan awam.

selepas koc merah jambu diperkenalkan, aku belum berpeluang lagi untuk menaiki komuter (seboleh-bolehnya aku elak). sehingga satu hari, aku mempunyai urusan di Nottingham University di Broga Semenyih. cara terpantas dan paling mudah untuk kesana adalah dengan menaiki komuter dari KL sentral menuju ke kajang. hendak tak hendak aku terpaksa menggunakan komuter juga. perjalanan memakan masa hampir satu jam. disebabkan kelewatan ketibaan komuter melebihi 10 minit...

rata-rata pemerhatian aku, kaum wanita masih tidak tahu pasal koc yang dikhusukan untuk mereka ni. pada hal, di dada-dada akhbar utama tempatan dan juga di berita-berita utama disaluran televisyen, benda ni sudah menjadi taboo. ada sesetengah penumpang wanita yang boleh tak tahu dan sengaja masuk ke koc lain... malahan mereka sanggup bersesak bersama-sama dengan penumpang lelaki. nak kata mereka menaiki komuter bersama-sama suami ataupun teman lelaki mereka, ketara sungguh mereka berseorangan. habis tu apa gunanya koc merah jambu kalau mereka sendiri tidak mahu gunakan? padahal koc merah jambu tu lengang dan separuh kosong. sehingga memaksa attendan bertugas menjengah dari satu koc ke satu koc memanggil penumpang wanita untuk berpindah ke koc merah jambu.

dalam pemerhatian aku juga, sepanjang perjalanan dari KL sentral menuju ke kajang, melalu stesen mid valley, bandar tasik selatan, serdang sehingga ke kajang, rata-rata stesen membuat pengumuman pasal koc merah jambu ni. malahan tertera sepanduk besar yang memberi maklumat pasal koc merah jambu adalah khusus untuk wanita sahaja. malahan disediakan tempat duduk khas yang tiangnya dicat separuh merah jambu. adakah ini menunjukkan kaum wanita kita kurang prihatin?

kalau ini lah hasil dari perlaksanaan koc merah jambu yang dipekenalkan tu, lebih baik KTM melaksanakan koc khusus untuk warga emas dan orang kurang upaya. mungkin mereka lebih mengharagai...

ini sekadar pendapat aku sahaja. apa kata korang pula?

Monday, June 7, 2010

Blog Yang Macam Mana Aku Follow?


satu hari, sedang aku asyik menonton televisyen sambil blogwalking, tetiba seorang member rumah aku bertanya... "eh syuq, kenapa aku takder followers?" alamakkk... apa aku nak jawab erk? aku bukannya tau sangat pasal blogging walaupun hakikatnya aku kaki blogging. detik tu, baru aku tahu, budak rumah aku ni pon blogger jugak. "followers ni kita punya blog readers, dorang ni jadi followers sebab dorang tak nak ketinggalan setiap entry yang kita published." lebih kurang macam tu lah penjelasan aku kat member aku ni.

dia diam sebentar... kemudian dia bertanya lagi "camner aar aku nak orang follow blog aku" lagi satu soalan yang aku tak berapa pasti nak menjawabnya. "ok beb, macam ni la... benda ni depends pada apa yang ko tulis. apa yang readers ko suka baca. ada orang suka baca politik, gossip dan citer lucah. benda-benda macam ni boleh naikkan traffic ko n maybe gak dorang boleh jadi followers ko karang. tapi bagi aku, yang penting adalah kepuasan aku dalam berkarya, menulis, berkongsi rasa ngn pembaca aku.." panjang lebar aku bagi penerangan kat beliau. harap-harap dia fahamlah hendaknya...

"blog ko apa aar syuk?" dia bertanya pasal blog aku. jadi aku bagi address blog aku kat dia. selang beberapa minit kemudian dia bersuara lantang "mak aaaikss... ramainya followers ko..." aku tergelak bila dia cakap macam tu. "ramai ke...?". tetiba minda aku terfikir sesuatu... aku panggil dia duduk sebelah aku. aku suakan skrin aceriena aku kat dia. mula-mula aku tunjukkan kat dia blog joegrimjow. aku tunjukkan followers joe. terbeliak mata dia. "ramainya..." he he he. "ada lagi yang lebih ramai dari aku beb... dan lagi bagus dalam berblog..." dia terdiam. lepas tu aku bukak blog ben, mel, GTO, datin ellis, bean, kak senduk dan last sekali redmummy. ada gak beberapa blog yang aku jengah dan tunjukkan pada dia... dia terpegun seketika... lepas tu aku bersuara "semuanya bergantung dengan apa yang kita cuba sampaikan pada readers kita, cara penulisan kita, gaya bahasa kita. walaupun kita sekadar menulis... 'hari ni aku tak mandi, terus g kerja.' tapi orang suka dengan cara penyampaian tulisan ko, orang akan bagi respon..."

lebih kurang macam tu lah aku menjawab segala pertanyaan member aku ni. aku pun bukannya pandai sangat dalam berblogging. tapi aku berblog untuk kepuasan aku sebagai pencerita....

tiba-tiba dia bertanya kat aku... "ko follow blog yang macam mana syuq?" ha ha ha. soalan cepu emas ni. aku tak tahu macam mana aku nak menjawabnya... "ok... macam ni. kalau kawan-kawan aku, tak kiralah kawan rapat atau kawan kelas ataupun kawan biasa-biasa jer, aku akan follow blog dorang bila aku tau dorang ada blog... sama macam ko gak. gitu gak ngan family aku. tak kiralah pakcik ke makcik ke sepupu sepapat ke... bila aku tau dorang ada blog, aku terus jadi follower dorang... lagi satu bila aku jumpa satu blog ni, best sangat, aku akan jadi silent readers. mungkin makan hari ataupun bulan. lepastu baru aku jadi followers dia. kira memang aku x nak missed entry baru dari dia la. ada juga blog yang aku masuk terus jadi follower. sebabnya aku da baca hampir kesemua entry mereka. dari yang latest sampailah mula-mula dia berblog. lagi satu plak. aku juga akan jadi follower pada blog yang pemiliknya aku minat giler. he he he. macam norhayati berahim, aina emir, ramlee awang murshid. anuar kamaruddin. dimana dorang ni semua penulis novel kegemaran aku..." ha ha ha. panjang giler aku menjawab sampai terkebil-kebil mata dia.

lepas tu aku tengok, dia mengangguk faham. "syuq, macam mana hah nak wat duit guna blog?". ha ha ha. aku ingat dia dah abis bertanya... "yang ni ko kene tanya redmummy. aku x brapa pandai sangat dalam hal meraih duit melalui blog. aku ni pon taraf newbie jer beb. tapi kalau ko ada produk nak dijual, ko boleh letak dalam blog ko..." jawapan yang ntah apa-apa ntah aku berikan. tapi itu jer la yang mampu aku jawab. lainlah kalau every month aku dapat cash out nuff aku RM1000 or less. ni pun aku terkedek-kedek lagi pasal nuff dan perlukan bantuan orang lain gak... sori beb.

itu la perbualan antara member rumah aku dengan aku. mungkin cara aku menjawab agak kasar dan tidak berapa tepat. tapi itulah yang mampu aku jawab berdasarkan pengetahuan aku yang cetek dalam dunia blogging ni...

Saturday, June 5, 2010

I-City Di Malam Minggu

ada apa kat I-City? uncle aku cakap best. kawan aku cakap pon best. kawan kepada kawan aku cakap pon tersangat best. dengar perkataan best membuat aku teruja untuk menyaksikan sendiri kebestannya... berangkatlah aku menuju ke shah alam dikala pagi mula menjengah. sampai sana, rumah salji telah ditutup... kecewa

tapi ada beberapa tempat yang boleh dilawati. sungguh mengasyikkan... sungguh memukau pandangan, cantik dan bergemerlapan... apa yang aku mampu katakan lagi. tapi...

adakah semua ini berbaloi... maksud aku, dengan pelaburan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu adakah ini satu pelaburang yang menguntungkan? tepuk dada tanya selera...

aku jarang upload pic kat blog. jadi, tataplah wajah kecomelan aku yang tak berapa jelas dibawah ni kerana time tu aku hanya ada telefon berkamera jer. itu pun pinjam orang punya. kamera casio aku? hu hu hu... sesungguhnya kamera 12 megapiksel itu telah hilang ketika aku berpindah rumah. nak buat macam mana. sedih memang sedih. tapi memang bukan rezeki nak bersama dengan kamera tu... so, layan gambar-gambar dibawah...

atas pangkuan polar bear


ngn polar bear


dibalik rimbunan buluh


sakura meengorak kelopak


dibawah rimbunan lampu


mengenang nasib

Friday, June 4, 2010

Rice Crisps By Mister Potato: Melenyapkan Kemarahan

seperti biasa, awal pagi aku bergegas ketempat kerja. keluar rumah. tekan lif. sesaat... dua saat... tiga saat... lima saat... ... ... 30 saat. apa hal pulak lif ni. tak terbuka-buka pintunya. bengang... aku turun guna tangga. dari tingkat 5 ke ground floor. terus gerak menuju ke stesen lrt. punyalah ramai umat manusia. ada yang berjalan cepat dan tak juga yang terhegeh-hegeh. melambatkan perjalanan aku yang sudah sedia terlambat. akibatnya, aku ketinggalan train. betul-betul dihadapan mata aku. hangin! sesungguhnya aku hangin satu badan.

sampai opis, menghadapi kerenah student dengan suhu sejuk yang mencucuk hingga ketulang sumsum menyebabkan hangin aku bertambah hangin. time lunch, dalam sejarah aku bekerja, aku keluar lunch jauh dari kawasan opis. untuk meredakan kehanginan. aku ke KL sentral.

lepas lunch, aku ke kedai serbaneka sekejap. mata aku melilau mencari makanan yang boleh kukunyah. tanganku pantas menyambar mister potato perasa hot n spicy. tetiba ada suara lunak menyapa aku... "abang, tak nak cuba mister potato yang baru?".... "mister potato ada keluaran baru ke?"... ha ha ha. aku bertanya penuh kejahilan. "ada, rice crisps baru... abang nak try?" hurmmm... aku mengambil dengan teragak-agak. "abang tau tak, rice crisps mister potato ni tak de MSG, tak der kolestrol, tak der trans fat dan 20% rendah lemak!" budak tu menambah lagi... "betul ke? boleh caya ke?" sajer je aku menambah provokasi... "betul bang, cuba tengok..." satu tin disuakan kat aku dan aku membacanya... memang betullah. apa lagi, aku pon rembat satu.


lepas bayar, aku bergegas untuk menaiki train. seperti biasa, kelancaran aku terhalang oleh beberapa orang yang jalan berlenggang. sampai ke platform, train berlalu menuju kedestinasinya tanpa aku didalam... wahhhh!!! hangin bertambah hangin. kat board tertulis; train arriving every 6 minutes. walllaahhh. tension aku. kena tunggu enam minit lagi

duduk sebentar lalu aku buka rice crisps mister potato, sekeping, dua keping dan beberapa keping aku sumbat ke mulut. apsal aku tak boleh berhenti mengunyah ni... hurmmm, rasanya berbeza sket. perisa apa erk? owhhh baru aku perasan, perisa Flame Grilled BBQ. patutlah sedap. tadi masa beli aku main sambar jer.

punyahlah kusyuk aku mengunyah sampai aku tak terperasan train dah sampai. masuk train dan aku meneruskan perjalanan ke opis. kali ni dengan hati yang sejuk. ditangan masih ada balance rice crisps. kalau rasa bengang jer, aku sumbat jer karang dalam mulut bagi melegakan hati yang tengah panas... he he he